Resepi Tortila Wrap Viral Sempoi Guna 4-5 Bahan Je

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi viral yang menjadi popular sejak akhir akhir ini. Tortila adalah sejenis roti yang dicanaikan diperbuat daripada tepung gandum. Tortila adalah nama yang diberi penjajah Sepanyol terhadap kepingan tortila yang terdapat di Mexico. Tortila kadang kala dijadikan nacho atau digulung dengan isi ayam, sayur dan juga sos. Namnum begitu dalam perkongsian kali ini, tortila ini akan disediakan dengan cara melipatkan ia menjadi segitiga dan lebih sedap. 

Bahan yang digunakan didalam resepi kali ini amat mudah ditemui iaitu ayam pedas family mart, tortila yang diberi di supermarket, sos thousand island dan sedikit keju bagi anda yang suka, jom lihat apakah cara untuk menyediakan masakan ini.

Bahan-bahan

  • 1 keping tortila
  • 1 ketul ayam goreng Family Mart
  • Salad maktam dan tomato
  • Sos thousan island
  • Parutan keju moza atau cheddar (pilihan)

Kaedah

  • Potong satu garisan bermula dari tengah diatas tortilla.
  • Letakkan isi ayam di ¼  tortilla
  • Kemudian letakkan sayur di ¼  lain
  • Sapukan sos dibahagian lain
  • Bahagian ¼ terakhir anda boleh parutkan sedikit cheese.
  • Lipat menjadi 3 segi
  • Grill sebentar diatas kuali jika suka.
  • Sedia untuk dinikmati!

Hidangan seperti ini sesuai bagi hidangan ringkas yang mengenyangkan dan bagi mereka yang sibuk dan tidak punya masa untuk menyediakan hidangan berat. Apapun jangan lupa untuk mencuba resepi viral yang sangat mudah dan sedap ini ya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.