Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bebola Kentang Cheese Kudap Kudapan Enak Buat Minum Petang

Dah bosan dengan menu cliche minum petang? Jangan gusar! Kali ini kami bawakan resepi yang amat menarik untuk anda semua. Resepi kali ini adalah resepi bebola kentang cheese yang amat mudah dan mengenyangkan. Resepi ini juga amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Gabungan kentang dan cheese pasti akan membangkitkan selera sesiapa sahaja!

Cara pembuatan bebola kentang cheese ini juga sebenarnya amat mudah untuk disediakan. Bahan – bahan yang diperlukan tidak terlalu banyak dan mudah untuk didapati. Ianya juga boleh menjadi salah satu aktiviti keluarga yang sihat untuk diluangkan bersama. Buat mereka yang amatur, jangan khuatir! Ianya juga mesra amatur dan kalis gagal. Jom kita lihat resepi ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Lavendarungu Nanie dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook!

Resepi Bebola Kentang Cheese

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 350 g ubi kentang
  • 150 g tepung gandum
  • 250 g keju cheddar (dipotong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukupnya
  • 1 biji telur dipukul sedikit
  • Serbuk roti secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali keju, telur dan serbuk roti. Uli sehingga sebati.
  2. Ambil sedikit adunan, masukkan cheddar cheese dan bulatkan sehingga habis.
  3. Celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
  4. Goreng sehingga kekuningan.
  5. Siap!
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!