Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Daging Grill Rendah Kalori Sesuai Diet

author name

Resepi ini adalah resipi ringkas masakan daging yang bukan sahaja sedap tetapi juga sangat rendah kalori. Sesuai bagi anda yang mengamalkan diet kanivor ataupun diet keto. Cara menyediakan juga sangat mudah di mana saya menggunakan air fryer dan tidak perlu di bakar ataupun barbecue. Bahan-bahan yang digunakan pula ringkas kerana matlamat hidangan ini ialah rendah kalori dan rendah garam. Baiklah bagi anda yang mencari idea untuk penyediaan masakan rendah gula anda boleh mencuba resipi ini.

Bahan-bahan

  • Daging batang pinang

Bahan-bahan perapan

  • Serbuk garlic 
  • Serbuk onion
  • Serbuk cili
  • Garam dan ajinomoto seckup rasa
  • Madu (jika suka)
  • Minyak zaitun/masak


Bahan lain 

  • Lidi (rendam dalam air beberapa jam)

Kaedah

  • Perap daging pinang dengan semua bahan beberapa jam
  • Cucuk daging pada lidi sebelum masak dalam air fryer
  • Sekali sekala sapu dengan minyak ketika membakar.
  • Masak dalam lingkungan 20 minit (bergantung pada air fryer anda)
  • Siap!

Penting untuk anda mencari daging yang lembut dan mahal kerana bila anda berdiet anda perlu untuk mencari makanan yang lebih berkhasiat terutama bila anda tidak mengambil karbohidrat dalam hidangan harian anda. Semoga idea ini dapat membantu anda dalam menghidangkan makanan berkhasiat, apa pun selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.