Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Konjac Pat Thai Sesuai Diet Atkins

Resepi kali ini akan membawa kepada anda cara untuk menyediakan phat Thai menggunakan kue teow konjac. Konjac adalah sejenis makanan yang berasal dari Jepun dan ia digunakan bagi mengantikan nasi atau mee. Konjac diperbuat dari akar konjac yang banyak tumbuh dinegara Jepun. Ia banyak digunakan terutama dikalangan pengamal diet rendah karbo atau pun ketogenik.

Perkongsian kali ini akan menggunakan konjac didalam masakan Thailand iaituĀ  Pad Thai yang sangat sedap dan mudah untuk disediakan, Berijut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 1 paket konjac kuey teow direbus dalam 20 minit
  • 2 biji bawang merah dicincang
  • 10 ekor udang
  • 1 keping tauhu dihiris
  • 2 biji telur
  • Sedikit air
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1/4 cawan ari asam jawa
  • 1 sudu makan kicap cair
  • Sedikit gula perang thai (palm sugar)
  • 2 sudu makan udang kering direndam sebentar
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • Sedikit kacang tanah disangai kemudian ditumbuk kasar
  • Sedikit serbuk cili (serbuk cili Thai)
  • Daun bawang
  • Limau nipis
  • Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang merah hingga wangi.
  • Kemudian masukkan tauhu dan tumis hingga masak.
  • Tambahkan telur dan biarkan masak seketika. Masukkan udang.
  • Masukkan konjac kuey teow ke dalam kuali diikuti dengan sedikit air. Kacau hingga sebati dan konjac jadi sebati.
  • Perasakan dengan sos ikan, kicap cair, gula perang thai dan air asam jawa. Gaul rata hingga semua bahan sebati dan Pad Thai sedikit kering.
  • Tambahkan udang kering dan juga taugeh kalau suka
  • Hidangkan pad thai bersama bahan hiasan. Sedia untuk dinikmati

Mee konjac boleh dibeli secara online tetapi ia juga ada dijual dipasaraya yang menjual makanan organik. Mee konjac perlu direbus lama sebelum dimasak atau digoreng agar ia empuk kerana konjac tidak lembut atau berkanji seperti mee. Namun begitu anda harus mencuba sendiri ini kerana ia amat sedap! Selamat mencuba.

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!