Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Kampung Masak Ketumbar Sedap Bau Confirm Naik Selera

author name

📄

Resepi kali ini merupakan satu hidangan ringkas namun agak mewah dari segi bahan-bahan yang digunakan. Ayam yang digunakan didalam resepi ini ialah ayam kampung kerana ia mempunyai lebih nutrisi dan sangat baik terutama bagi orang yang semakin berumur dimana badan mulai tua dan sangat memerlukan makanan yang tinggi khasiat.

Baiklah dalam resepi kali ini kita menggunakan bahan-bahan siap sedia yang mudah ditemui seperti ‘coriander paste’ yang didapati dipasar raya seperti Jaya Grocer. 

Bahan-bahan

  • ¼ ayam kampung
  • 1 tsp paste serai
  • 1 tsp paste ketumbar 
  • 1 tsp serbuk onion,garlic dan halia
  • 1 tsp serbuk lada sulah
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa
  • 1 tbsp Minyak sawit carotino

Kaedah

  • Perapkan ayam dengan semua bahan 
  • Kemudian grill atau guna air fryer sehingga ayam masak.
  • Hidangkan bersama salad atau nasi panas
  • Siap! 

Sungguhpun begitu anda boleh sahaja menggunakan ayam daging biasa yang lebih mudah didapati dan daun ketumbar segar juga boleh digunakan, kisar bersama semua bahan. Masakan ini sedap dihidang bersama salad atau kerabu untuk meningkatkan lagi khasiat hidangan ini namun makan dengan sepinggan nasi panas pun syahdu rasanya! selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.