,

Resepi Kepak Ayam Madu Guna Air Fryer Sedapnya Menjilat Jari

Oleh:

Resepi seterusnya ini adalah resepi kepak ayam yang sangat mudah disediakan menggunakan air fryer. Ianya sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sepinggan nasi goreng. Bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini amat mudah untuk ditemui malah ianya juga tidak menggunakan bahan yang rumit hanya beberapa bahan utama sahaja. Berikut adalah bahan bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • ½ kilo kepak ayam
  • ½ tbsp serbuk bawang
  • ½ tbsp serbuk bawang putih
  • ½ tbsp serbuk halia
  • 1 tbsp madu
  • ½ tbsp garam
  • 1 tbsp kicap
  • 1 tbsp sos tiram
  • Sedikit pewarna merah

Kaedah

  • Gaul kepak ayam dengan semua bahan dan perap seketika.
  • Masak menggunakan air fryer pada suhu 200c selama 20min.
  • Bila dah masak gaul kepak ayam bersama bahan berikut:
  • 1tbsp minyak kelapa swit carotino
  • 1tsp madu
  • Siap!

Penggunaan air fryer amat memudahkan banyak urusan masak. Malah penggunaan minyak juga dapat dikurangkan namun begitu masakan ini juga boleh dimasak setiap biasa cuma kurangkan minyak agar ia lebih sedap dimakan, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]