,

Resepi Teh Tarik Madu Buat Sendiri Je

Oleh:

Resepi kali ini merupakan sejenis minuman panas yang menggunakan teh susu dan sangat  popular disebelah pantai timur. Antara kelaianannya berbanding teh tarik biasa ialah ia menggunakan susu manis dan juga madu. Kemudian ia ditarik seperti kedai mamak,hanya perbezaannya ialah ia mempunyai kadar buih yang lebih tinggi.

Lazimnya ia akan meleleh dipinggir gelas menjadikan ia satu kemestiaan dalam penampilannya bagi membeza teh beng dengan teh tarik. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar serbuk teh wangi atau teh timbang
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar madu asli
  • air panas secukupnya
  • Ketulan ais jika inginkan dingin

Kaedah

  • Rendam serbuk teh dalam air panas hingga kembang selama 10 minit
  • Kemudian tapis air dalam gelas
  • Masukkan susu pekat manis, susu cair dan madu asli
  • Kacau teh hingga sebati
  • Tuang dalam kole dan mulakan proses menarik teh dengan kole.
  • Tarik panjang-panjang supaya menghasilkan buih yang banyak
  • Kemudian tuangkan dalam gelas hingga buihnya meleleh

Rasa teh beng atau teh tarik madu ini ialah sedikit berbeza, ini kerana ia menggunakan madu yang mempunyai rasa dan aromanya yang tersendiri. Diharap anda akan mencuba sendiri resepi dan rasailh keunikkannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]