,

Resepi Layer Tea Yang Ni Lain Macam Sedapnya

Oleh:

Resepi kali ini merupakan resepi air teh yang amat digemari dikalangan masyarakat kita.Oleh kerana kepelbagaian bangsa didalam negara kita boleh mempunyai variasi minuman yang boleh kita nikmati dinegara tercinta ini.

Namun begitu perkongsian kali ini akan menunjukkan cara yang berbeza untuk menghasilkan rasa dan rupa yang sedikit berbeza yang boleh anda cuba, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 400 ml air
  • 2 tsp serbuk teh
  • 2 sudu teh gula
  • 400 ml susu full cream

Kaedah

  • Mula-mula masak susu bersama gula sehingga separuh mengelegak. Ketepikan 
  • Kemudian didihkan air bersama serbuk teh.
  • Tarik susu sehingga berbuih tinggi.
  • Tuang susu didalam gelas tinggi sehingga ⅓ saiz gelas.
  • Masukkan air teh menggunakan sudu secara perlahan-lahan.
  • Siap!

Rasa minuman adalah sedikit berbeza daripada teh tarik atau 3 layer tea, kerana bahan-bahan yang digunakan seperti susu segar dan bukannya susu manis dan diharap anda akan sudi mencuba resepi ini dan rasailah keunikkannya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]