|

Resepi Ais Lumut Kelapa Selasih Minum Sejuk-Sejuk Asyiiikk

Resepi kali ini merupakan koleksi resepi ais lumut yang boleh anda dapatkan dalam blog ini. Ais lumut merupakan resepi yang saya dapatkan dari vlogger-vlogger femes di Indonesia. Minuman ini mengandungi jeli didalamnya dan mempunyai beberapa perisa. Perkongsian kali ini akan menggunakan perisa kelapa dan digabungkan dengan biji selasih m, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

A

  • 3 pek nutrijel perasa kelapa
  • ½ cawan gula pasir
  • Daun pandan 
  • 1200 ml air

  • Air batu 3 mangkuk

C

  • 3 tbsp selasih siap rendam 
  • ½ tin susu manis
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan susu full cream
  • 1 tsp garam

Kaedah 

  • Mula-mula masak bahan a hingga mengelegak.
  • Tutup api dan alih daun pandan.
  • Tuang kedalam mangkuk yabg berisi air batu
  • Kacau hingga menjadi jeli.
  • Kemudian masukkan bahan C dan kacau hingga manisnya memenuhi selera anda.
  • Siap untuk dimasukkan dalam bekas yang sesuai.
  • Siap! 

Nutrijell boleh dibeli secara online namun mungkin ada juga kedai yang menjualnya terutama kedai yang membekal bahan-bahan membuat kek. Selain dari biji selasih bahan-bahan lain yang menarik yang menambahkan keenakannya pun boleh ditambah contohnya isi kelapa yang pasti lebih sedap. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts