Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 25 Resepi Minuman Ala Cafe

Minuman merupakan antara hidangan yang biasanya melengkapkan satu-satu majlis itu. Biarpun sekadar makan tengahari bersama keluarga dihujung minggu air yang menarik sering menjadi pilihan. Apatah lagi ketika berbuka puasa dibulan Ramadhan mulalah timbul pelbagai idea untuk menyediakan minuman yang sedap,menarik dan lain dari hari biasa.

Justeru kali ini kami akan menghidangkan kepada anda 25 himpunan resepi minuman yang sedap,menarik dan mudah untuk disediakan. Mari lihat senarai air paling lazat.

1) Resepi Air Lai Chi Kang Homemade

Resepi ini dikongsikan oleh Blog Wani Sukarno dan disukai ramai. Biasanya air ini boleh didapati dibazar Ramadhan, air yang dipercayai membantu menurunkan panas badan air ini mempunyai pelbagai buah dan kacang kering yang ditambah bersama herba lain. Bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

lai-chi-kang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/3 cawan barli
  • 1 biji luo han guo
  • 15 biji kurma merah kering
  • 15 biji longan kering
  • 6 – 7 strips buah kundur manis kering
  • 4 biji kembang semangkuk direndam sampai kembang
  • White fungus secukupnya direndam sehingga kembang
  • Gingko nuts secukupnya
  • Air 2.3 liter

Cara – cara penyediaan:

  • Pecahkan sedikit kulit buah luo han guo. Nanti masa proses merebus, luo han guo ini lah yang air nya menjadi warna kegelapan tu.
  • Kesemua bahan lain, dibasuh sekejap dan ditoskan.
  • Kembang semangkuk yang telah direndam, nampak dah kembang semua, tapi kat tengah setiap buah tu ada biji, ambil yang kembang luar, biji tu buang.
  • Jangan rebus sekali dengan biji – biji pula ya.
  • Buang air perlahan-perlahan dan sejatkan dalam penapis.
  • Masukkan ke semua bahan ke dalam Periuk Noxxa, masukkan air, tutup periuk dan tekan high pressure selama 15 minit, tekan button on.
  • Pastikan tombol ke pressure 5.
  • Selepas bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap sehingga habis, baru boleh buka tudung.
  • Siap sedia untuk dihidangkan!
  • Nota:
  • Selepas masak, buka tudung, biarkan dalam keadaan terbuka lama sikit. Jangan tinggal dalam keadaan tertutup, bagi wap panas keluar sekejap, sebab nak elakkan barli menjadi terlalu kembang.

2)  Resepi Air Jagung Puaka

air-jagung
image via Facebook

Satu lagi air yang menjadi pilihan jika kepasar malam, air jagung puaka merupakan antara pilihan orang kita. Resepi ini telah dikongsikan oleh Rose Farra dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Air ini sememangnya sedap dan anda boleh buat sendiri, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Perisa jagung – 5 sudu besar
  • Jagung tin – 5 sudu besar
  • Air masak – 2 cawan besar
  • Susu cair – Setengah tin
  • Susu pekat – 6 sudu

Tambahan:

  • Ais
  • Beledor hitam (Agar – agar)
  • Aiskrim

Langkah penyediaan:

  • Masukkan perisa jagung dalam jag.
  • Masukkan air dan susu cair.
  • Masukkan susu manis.
  • Tambahkan jagung tin.
  • Masukkan ais dan aiskrim untuk lebih sedap!

3) Resepi Jus Kedondong Asam Boi

Air seterusnya sangat menyegarkan. Menggunakan buah asam boi, buah kedondong dan juga asam limau, air ini menambat hati mereka yang lebih tua kerana rasa masam-masam manis,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 12 biji buah kedondong
  • 10 biji asam boi jenis putih
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3 liter air mineral/air berpenapis
  • Setitis pewarna hijau(pilihan)
  • Gula secukup rasa
  • Ais kiub secukupnya

Kaedah

  • Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 senduk gula pasir hingga gula larut. 
  • Sejukkan. 
  • Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
  • Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
  • Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
  • Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
  • Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
  • Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
  • Kacau dan biarkan sekejap.
  • Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
  • Sedap diminum sejuk.

4) Resepi Jus Kalamansi 

Berikut adalah satu lagi resepi air yang diminati golongan yang lebih tua. Ia juga ringkas tetapi amat sedap dan mudah untuk disediakan. Anda juga boleh buat lebih dan sedap di dalam peti ais terutama ketika berbuka dibulan puasa. Berikut ialah bahan yang diperlukan .

Bahan-bahan

  • 2 biji limau kasturi (belah dan buang biji)
  • 2 biji asam kecut (asam boi)
  • 2 sudu besar gula (klu suka manis boleh tambah)
  • 1/2 cawan air
  • Ketulan ais

Kaedah

  • Masak air gula bersama asam boi hingga semua bahan sebati,
  • Kemudian biarkan ia suam, kopek isi asam boi dan kisar ia bersama limau kasturi.
  • Masukkan air kedalam gelas dan tambahkan ais.
  • Siap.

5) Resepi Air Soya Cincau

Minuman yang mengamit kenangan ketika pulang dari sekolah dahulu. Air soya cincau selalu menjadi pilihan, dibeli digerai tepi jalan rasanya amat menyegarkan hilang sebentar penat bersekolah. Bagaimanapun kali ini kita  akan kongsikan resepi dan cara untuk membuat air soya cincau ini.

Bahan-Bahan

  • 1 gelas jus soya buatan sendiri
  • 100 gm cincau
  • Ais kiub

Bahan untuk Jus Soya

  • 100 gm kacang soya
  • 2 cawan air masak
  • 2 sudu gula pasir

Kaedah 

  • Rendamkan kacang soya selama 4 hingga 5 jam. 
  • Kisar kacang soya tersebut. 
  • Tapiskan kacang soya tersebut dan masak jus soya itu.
  • Campurkan jus soya dengan gula pasir. 
  • Angkat dan sejukkan untuk seketika.
  • Tuangkan jus soya ke dalam gelas kemudian masukkan cincau yang telah dihiris halus dan masukkan ais kiub. Minuman ini sedia untuk dihidangkan.

6) Resepi Cha Ba Ang

Air seterusnya menjadi viral sejak akhir-akhir ini. Air cha ba ang merupakan sejenis minuman viral di Thailand. Ia sangat sedap kerana ia mempunyai air gula melaka,biji selasih dan susu. Sedap sangat dan anda harus mencubanya, berikut adalah bahan-bahan diperlukan untuk anda cuba sendiri.

Bahan-bahan

A

  • 1-2 tiub cincau manis (parut)
  • Gula karamel – masak 1 cawan gula perang dengan 1 cawan air
  • 3 sudu makan selasih – rendam air panas

B

  • 2 cawan susu penuh krim
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • Ais secukupnya 

Kaedah 

  • Mula-mula bancuhkan semua bahan B didalam jag kecil.
  • Kemudian sediakan satu gelas tinggi.
  • Mula dengan air gula, diikut dengan cincau parut, biji selasih dan ais dahulu.
  • Kemduian barulah tambah bancuhan bahan B.
  • Tambahkan straw, kacau sebelum minum.

7) Resepi 3 Layer Tea

Teh 3 lapis ini makin popular dinegara kita, ia kini boleh ditemui dikebanyakkan restoran dan cafe. Bagaimanapun ia agak mahal, oleh itu kali ini Madam akan kongsikan resepi dan cara membuat teh 3 lapis ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Bahan-bahan

  • 2 uncang teh
  • 3 keping gula melaka
  • 1/2 tin susu cair F&N
  • Sedikit air
  • Ais

Kaedah 

  • Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
  • Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur.
  • Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
  • Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka.
  • Kemudian masukkan susu cair F&N dengan perlahan-lahan.
  • Masukkan air teh dengan perlahan-lahan.
  • Siap untuk diminum.

8) Resepi Teh Laici

Berikut merupakan sejenis lagi minuman yang menyegarkan. Minuman ini amat mudah sehinggakan anda mampu menghasilkannya sendiri dirumah. Sangat berbaloi untuk dicuba,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 tin laici
  • 1 capsul The Queen Arissto/1 sudu teh wangi
  • 3 sudu gula
  • Ais secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula sediakan teh dan tambah gula mengikut citarasa anda.
  • Kemudian tambahkan teh kedalam hekas yang anda inginkan.
  • Masukkan jus laici.
  • Kacau sebati kemudian masukkan isi laici pula.
  • Akhir sekali tambahyais secukupnya.
  • Siap.

9)Resepi Bandung Cincau 

Ringkas dan sedap air Bandung cincau ini merupakan antara air yang biasa dijual disalam balang dipasar malam atau gerai tepi jalan. Bahan-bahannya juga amat mudah ditemui, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • Kordial Sirap Ros Jalen secukupnya (atau sebarang jenama)
  • Susu rendah lemak secukupnya
  • Susu manis secukupnya 
  • Cincau yang diparut secukupnya
  • Ais kiub secukupnya
  • Air mineral jika perlu

Kaedah

  • Bancuh susu full cream dan susu manis kedalam jug kecil.
  • Boleh tambahkan sedikit air jika anda suka.
  • Dalam satu bekas kecil lain, bancuh sirap ros dengan beberapa sudu gula pasir dan sedikit air panas.
  • Letakkan cincau parut didasar gelas pilihan anda, kemudian masukkan air batu.
  • Tambahkan susu dan kemudian tambahkan sirap yang telah dibancuh tadi.
  • Siap.

10)Resepi Asian Dolce Latte 

Minuman seterusnya ialah minuman yang agak eksklusif kerana ia berdasar minuman dari cafe terkenal iaitu Starbuck. Sedap dan tidaklah sukar untuk disediakan berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 gelas kecil kopi espresso 
  • 150 ml susu full cream 
  • 2 sudu besar susu manis
  • Ice secukupnya 
  • Gelas tinggi yang bersesuaian

Kaedah

  • Mula-mula masukkan susu manis didalam gelas tinggi pilihan anda.
  • Kemudian tambahkan ais keparas yang anda inginkan.
  • Masukkan pula susu pilihan anda
  • Akhir sekali tambahkan kopi espresso.
  • Siap, jangan lupa kacau sebati sebelum minum.

11)Resepi Sirap Bandung Soda Float

Resepi berikut biasanya dijadikan menu direstoran yang mempunyai harga tidaklah murah. Namun oleh kerana rasanya yang sedap dan rupanya yang menarik ia sentiasa mendapat permintaan dari pelanggan. Oleh itu perkongsian kali ini membawa resepi dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sendiri bandung float ini.

Bahan-bahannya

  • 1 sudu kecil ibu sirap
  • 2 sudu air gula
  • 1 gelas ais ketul
  • 1 gelas air soda F&N
  • 2 sudu susu cair
  • 2 skop aiskrim

Kaedah 

  • Campurkan ibu sirap dan air gula ke dalam gelas
  • Kemudian,masukkan ais ketul serta air bikarbonat soda ke dalam gelas tadi
  • Tambahkan dengan susu cair
  • Akhir sekali,masukkan aiskrim ke dalam gelas
  • Sedia untuk dinikmati

12)Resepi Air Soda Herbs

Ini juga antara resepi air yang mendapat permintaan di restoran ya g menghidangnya. Ia mempunyai rasa yang menyegarkan kerana penggunaan daun pudina. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 batang serai d ketuk
  • 1 hiris lemon dipotong bulat
  • 2-3 helai daun pudina
  • 3 biji laici dalm tin
  • 1 biji asam boi (pilihan)
  • 1 gelas aiskrim soda 
  • Ais secukup

Kaedah

  • Campurkan semua bahan kecuali aiskrim soda dan ais didalam gelas yang menjadi pilihan.
  • Menggunakan sudu, tekan-tekan agar jus dr serai dan bahan-bahan lain keluar.
  • Masukkan ais, tambahkan aiskrim soda sehingga gelas penuh.
  • Hiasi mengikut daya kreativiti anda.

13) Resepi Coconut Shake

coconut shake
Imej via Facebook

Coconut shake ini sangat popular di Melaka. Sebelum ini ianya hanya didapati digerai dan restoran yang menjualnya, oleh itu untuk menghasilkan sendiri coconut shake yang lazat, kami berkongsi resepi sedap yang dikongsikan oleh ‎Nor Arinie di laman Facebook. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Air kelapa muda,
  • Ais krim vanilla,
  • Isi buah kelapa,
  • Ais,
  • Air gula.

Cara-cara :

  • Masukan bahan air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
  • Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
  • Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
  • Campurkan aiskrim vanilla ke dalamnya.
  • Siap sedia dihidang dan diminum.

14) Resepi Ais Latte

Minuman yang biasanya didapati di Mc D, latte ice ini sebenarnya tidaklah sukar untuk disediakan. Jika anda tidak punya espresso anda boleh guna nescafe gold untuk rasa yang lebih original. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan

  • 1 shot espresso atau satu cawan kecil nescafe gold.
  • 200ml susu segar

Kaedah

  • Masukkan ais didalam gelas tinggi.
  • Masukkan susu hingga memenuhi tiga suku gelas tadi.
  • Akhir sekali masukkan espresso.

15)Resepi Nabati Caramel Frappucino

Minuman mewah dan sangat mengenyangkan terutama bagi kanak-kanak dan peminat biskut nabati. Resepi ini bagaimanapun menggunakan bahan yang perlu dibeli dikedai pembekal barangan bakeri kerana ia lebih murah. Di pasaraya ada juga tetapiharganya jauh lebih mahal. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan kisar

  • 2 batang Nabati cheese wafer.
  • 1 gelas air batu
  • 200ml susu full cream
  • 2 sudu besar caramel sauce
  • 1 sudu besar caramel syrup.

Hiasan

  • Krim putar
  • Sos karamel
  • Nabati cheese wafer

Kaedah

  • Kisarkan  semua bahan kisar.
  • Hiasi gelas dengan caramel sauce dulu.
  • Tuang bahan yang telah dikisar. Hiasi dgn krim putar dan dengan caramel sauce dan akhir sekali biskut nabati.
  • Siap untuk dihidang.

16) Resepi Mocha Macchiato

Macchiato adalah sejenis minuman berasaskan kopi arabica dari Itali. Mocha pula ialah gabungan coklat dnegan espresso. Jika anda berharap untuk menyediakan sesuatu yang mewah ala cafe apakata cuba resepi ini. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar sos coklat.
  • 200ml susu fresh milk
  • Espresso 1 cup kecil atau 1 sudu teh nescafe gold dibancuh dgn suku gelas air panas.

Kaedah

  • Tambahkan sos coklat kedalam gelas. Yang terbaik gelas tinggi yang mempunyai pemegang. Kerana minuman ini ialah minuman panas.
  • Froth susu guna milk frother hingga susu berbusa 2 kali ganda. Tuang dalam gelas berisi sos coklat tadi. Jangan kacau.
  • Kemudian masukkan espresso perlahan-lahan. Serta merta lapisan akan terbentuk.

17) Resepi Frappucino Oreo Coklat ala Starbuck

Minuman ini sangat popular di Starbuck, namun harganya agak mahal lebih mahal dari sepinggan nasi bersama lauknya. Oleh sebab itu, kami hasilkam sendiri minuman ini setaraf dengan hidangan di Starbuck. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan kisar

  • 2 sudu besar sos coklat (resepi disini)
  • 1 gelas air batu
  • 200ml susu full cream
  • 4 keping biskut oreo
  • 1 sudu besar caramel syrup/1 sudu besar gula ( jika suka manis, resepi disini)

Hiasan

  • Krim putar
  • Biskut oreo
  • Chocolate sauce

Kaedah

  • Kisar semua bahan kisar.
  • Hiasi gelas dengan chocolate sauce dahulu.
  • Tuang semua bahan yang telah dikisar. Hiasi dengan krim putar diatas dan chocolate sauce serta oreo.

18) Resepi S’mores Hot Chocolate

Mewah bergaya, jika anda peminat coklat hidangan seterusnya ini sememangnya sedap dan lazat. Sesuai dihidangkan dimusim hujan, ketika seisi rumah kesejukkan minuman ini pasti memberi tenaga dan oehangatan yang diperlukan. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar chocolate sauce. (resepinya ada disini)
  • 200ml susu full cream
  • Krim putar (pilihan)

Hiasan

  • Chocolate sauce
  • Biskut yang dihancurkan
  • Marshmallow 3 kiub

Kaedah

  • Letakkan coklat sos dalam gelas tinggi.
  • Panaskan susu ( tapi jangan biar ia mengelegak)
  • Froth susu guna milk frother ( beli di daiso atau di Ikea) hingga 2 kali ganda berbusa.
  • Tambahkan marshmallow yang telah dibakar sedikit untuk beri kesan yang menarik.
  • Taburkan biskut yang telah dihancurkan sedikit.
  • Siap.

19)  Resepi Jus Pucuk Pegaga

jus pegaga
Imej via Facebook

Pegaga adalah sejenis sayur yang dibuat ulam. Ia terkenal dengan khasiatnya dan antara kelebihannya ialah untuk awet muda. Resepi dikongsikan oleh Atin Nabila di laman Facebook. Resepi ini sesuai bagi anda yang suka menjaga kesihatan dan mengemari ulam-ulaman, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Pucuk pegaga,
  • Susu,
  • Air.

Cara-cara :

  • Blend pucuk pegaga dengan air ikut ingin buat sebanyak mana.
  • Boleh tambah susu sedikit tidak kisah susu apapun cair atau pekat tapi jangan terlalu banyak.
  • Akhir sekali masukkan ais batu.

20) Resepi Bulletproof Coffee

Sejenis lagi minuman yang diamalkan bagi mereka yang sedang mengamalkan diet. Minuman ini nampak lain dari kebiasaan kerana ia menggunakan mentega dan juga krim yang biasanya digunakan didalam masakan. Tetapi minuman ini membantu ramai orang terutama pesakit diabetis kerana ia dapat mengawal gula dalam badan mereka. Jika anda teringin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Espresso double shoot / Nescafe/Essenso  gold 1 sk(bancuh dgn suku cawan air panas)
  • 2 sudu besar whip cream
  • 1 sudu besar unsalted pure butter ( sejuk)
  • 1 sudu kecil virgin coconut oil (VCO)

Kaedah

  • Campurkan whip cream,butter dan vco dalam periuk kecil. Panaskan hingga berasap,jangan biarkan ia mengelegak. Kemudian bancuh guna milk frother atau gunakan blender.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan krim ini kedalam espresso . Hiasi dengan taburan koko.
  • Boleh dinikmati semasa intermittent fasting.

21) Resepi Minuman Boba

air boba
Imej via Facebook

Minuman berasakan boba ini mulai popular sejak,akhir ini dinegata kita. Ia dikatakan dipengaruhi oleh minuman boba dari Taiwan. Boba adalah sejnis bahan yang dibuat dari tepung ubi. Oleh itu ia mempunyai rasa yang kenyal apabila digigit. Resepi boba ini diolah oleh Nurul Atikah Mustafa di laman Facebook. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung ubi
  • ½ cawan air panas (untuk uli doh)
  • Pewarna hitam (pewarna biru+merah+hijau). Ada juga yang jual pewarna hitam di kedai bakery). Sukatan agak-agak ya.
  • Secubit garam halus,
  • 4 cawan air,
  • 1 cawan gula perang,

Cara-cara :

  • Tepung ubi dibubuh garam. Gaul rata.
  • Masukkan air panas sedikit-sedikit sambil uli sampai doh tidak melekat di tangan. Kacau dengan sudu sebab panas.
  • Masukkan pewarna dan uli lagi. Kalau kering sangat doh itu bubuh air sedikit lagi.
  • Bentukkan doh tadi bulat kecil. Kalau ingin senang gentel panjang-panjang kemudian potong pakai pisau dan gentel lagi bulat-bulat.

22) Resepi Laici Shake

Minuman ini jarang ditemui dimana-mana kecuali di resepi.my. Disinj resepi yang anda temui kebanyakkan resepi yang benar-benar berhasil, kerana ia telah diuji dan disediakan oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

 Bahan-bahan

  • 15 buah laici dlm tin 
  • 250ml susu segar
  • 100ml susu cair
  • 1.5 sb susu pekat
  • 200ml air laici dlm tin
  • 3 skop aiskrim vanila
  • Ketulan ais

Kaedah

  • Kisar semua bahan hingga halus.
  • Tuang kedalam gelas dan tambah ketulan ais.
  • Siap, sedia untuk dihidangkan.

23) Resepi Sirap Selasih Laici 

Sirap merupakan antara minuman manis sejuk yang paling lama dan paling popular ada dinegara kita ini, ia juga versatile kerana boleh diolah menjadi pelbagai lagi minuman dan manisan. Resepi berikut merupakan satu lagi minuman sirap yang menyejukkan badan dan sangat sedap, berbaloi untuk anda cuba.

Bahan-bahan

  • Sirap ros
  • 1 tin laici
  • Air secukupnya
  • 1 1/2 camca besar biji selasih, rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
  • Ais kiub secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula masukkan laici dan air kedalam jug.
  • Kemudian masukkan sirap ros yang telah ditambah gula.
  • Masukkan biji selasih yang telah direndam dengan air panas.
  • Kacau rata barulah masukkan air batu.
  • Siap,boleh dihidangkan segera.

24) Resepi Laici Susu

Laici dalam tin merupakan salah satu bahan yang paling kerap digunakan didalam pembuatan minuman dan manisan. Walaupun rasa laico agak masam, namun ia digemari apabila ia ditinkan. Termasuk resepi berikut apabila laici diolah bersama susu, menyegarkan dan sesuai untuk anak-anak. 

Bahan-bahan

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • ½ tin susu manis
  • Gula secukupnya
  • 1 liter air sejuk
  • Air batu secukupnya
  • Kaedah 
  • Campurkan semua bahan susu dahulu dan kacau sebati.
  • Kemudian tambahkan air dari laici tin.
  • Kacau dan kemudian rasa, jika kurang manis tambahkan gula atau susu pekat.
  • Masukkan isi laici dan sedia untuk dihidangkan.

25) Resepi Sirap Bandung

Minuman menarik ini telah lama digunakan oleh irang kita bagi menjamu tetamu. Minuman ini amat ringkas kerana ia adalah minuman surap yang ditambahkan susu sahaja. Amat sedap ia juga sellau diolah menjadi puding atau ditambah cincau seperti resepi yang dikongsi diatas. Bagaimanapun bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1/2 gelas air mendidih
  • Susu pekat ½ tin
  • Susu cair ½ tin 
  • 1 sudu besar sirap ros
  • secubit garam
  • Ais kiub

Kaedah

  • Mula-mula bancuhkan bersama air panas susu cair,susu pekat dan secubit garam.
  • Sediakan sirap.
  • Didalam gelas yang tinggi masukkan susu yang telah dibancuh tadi.
  • Masukkan ais, kemudian baru masukkan sirap yang telah disediakan tadi.
  • Siap.

Begitulah 25 himpunan resepi minuman yang sedap dan pasti mendapat permintaan. Diharap anda akan merujuk kepada koleksi kami ini untuk mencari idea bagi hidangan anda sekeluarga. Sesuai digunakan untuk berbuka puasa atau sebagai hidangan rumah terbuka atau sebagai hidangan untuk tetamu istimewa anda. Apa juga alasannya diharap koleksi ini dapat membantu. Jangan lupa untuk like dan share agar dapat dimanafaatkan oleh orang lain juga. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!