Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Air Jagung Tiga Layer Oreo (Sedap Yakmat!)

Tengah naik daun sekarang minuman segera berperisa. Hal ini dikerakan faktor banyaknya kaum muda yang suka mencuba hal baru, membuat minuman jadi target nombor satu di dunia pasar.

Kali ini resepi lokal daripada air jagung dan teh mendapati sambutan meriah. Pasalnya, minuman ini bukan minuman biasa-biasa. Dipanggil air jagung tiga layer Oreo. Macam menarik bukan? Apa sahajakah ‘layer’ nya tersebut? Mari lihat resepi air jagung tiga layer oleh Shikin Ibrahim di laman Facebook.

Lapisan paling bawah ialah gula nisan cair, kemudian susu cair, diikuti oleh teh. Jagung disini tidak disediakan dalam bentuk air, namun isi jagung sahaja sebagai topping. Kemudian sesuai namanya, Oreo juga diletak sebagai topping.

Lihat gambar tampak segar dan menyelerakan. Tampilan juga tampak menarik dan cantik. Tidak hairanlah ramai orang yang teringin minum air jagung tiga layer Oreo. Sila cubakan.

Resepi Air Jagung Tiga Layer Oreo

air jagung 3 layer oreo
Imej via Facebook

Bahan-bahan 1 gelas besar :

  • 3-4 sudu besar air gula nisan pekat, (seakan-akan pekat madu).
  • ¼ cawan susu cair,
  • 2 uncang teh (rendam dengan ¼ cawan air panas),
  • 2-3 keping biskut orea (buat hiasan),
  • Jagung 5 sudu besar,
  • Ais ketul secukupnya.

Nota :

Kalau gunakan teh timbang macam di kedai mamak, mesti rasanya lebih kaw.

Cara-cara :

  1. Tuang air gula nisan kira-kira 1 inci atau lebih ke dalam gelas.
  2. Masukkan ais hingga memenuhi gelas.
  3. Tuang susu cair hingga separuh gelas. Tuang perlahan-lahan dari sisi gelas untuk mengelakkan susu bercampur dengan air gula.
  4. Masukkan pula air teh hingga memenuhi gelas. Juga pastikan dituang dari sisi gelas.
  5. Akhir sekali, masukkan jagung dan biskut oreo.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi air jagung 3 layer Oreo, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!