Resepi Bandung 3 Layer Simple Jer Kalau Nak Cuba

Resepi kali ini merupakan resepi minuman yang diolah daripada resepi 3 layer tea, dimana minuman ini mem[nyai 3 lapisan iaitu air gula melaka, susu dan teh. Nmaun bagi resepi bandung 3 layer ini, lapisannya terdiri daripada air gula melaka, susu dan sirap rose.

Penyediaan minuman ini sangat mudah dan ianya boleh disediakan sendiri dirumah anda. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan air gula melaka.

  • Gula melaka 1 ketul 
  • Gula putih 5 tbsp.
  • Air (sukatannya sekadar tenggelamkan gula melaka)

Kaedah

  • Masak semua bahan hingga menjadi cair dan biarkan mendidih.
  • Sejukkan semalaman sebelum digunakan.
  • Bahan- bahan air gula sirap.
  • 300g gula putih
  • 150ml air
  • 1tsp esen sirap rose.

Kaedah

  • Masak semua bahan hingga mendidih dan sejukkan.

Bahan lain

  • Susu cair
  • Air batu secukupnya

Penyediaan 3 layer bandung.

  • Dalam gelas yang sesuai tuang gula melaka anggaran 1 tbsp atau ikut manis yang anda suka.
  • Selepas tambah air batu dan tuang susu hingga paras ¾ gelas.
  • Akhir sekali tambah air gula sirap diatasnya.
  • Jika suka anda boleh tambah biji selasih.
  • Siap!

Minuman ini  sangat popular menjelang bulan ramadan tetapi ia juga mudah didapati direstoran atau kiosk yang menyedoakan minuman segar. Jadi jangan lupa untuk mencuba resepi mudah ini ye!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Portugese Egg Tart Sekali Makan Pasti Nak Lagi

Resepi Kuih Ros Aka Kuih Loyang Diwarisi Zaman Berzaman