Resepi Dalgona Milo Dengan Ovallete Khusus Buat Peminat Bukan Kopi

Oleh:

Resipi ini adalah resipi minuman yang agak popular sejak kebelakangan ini. Dalgona biasanya disediakan menggunakan coffee Namun dalam perkongsian kali ini bahan yang digunakan ialah Milo. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah serbuk Milo, gula, air panas dan untuk mendapatkan tekstur gebu bahan yang digunakan ialah ovalet.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan: 

  • 2 tbsp serbuk milo
  • 2 tbsp gula biasa
  • 2 tbsp air panas
  • Suku hujung sudu kecil ovalet
  • Ais
  • Susu segar

Kaedah

  • Pukul milo, gula dan air panas guna mixer hingga ia kembang.
  • Dalam gelas masukkan air batu hingga penuh.
  • Tuang susu segar hingga ¾ gelas
  • Selepas itu tuang dalgona milo yang telah disediakan.

Dalgona milo tidak seperti dalgona coffee yang lebih ringan dan mudah larut, ianya lebih berat dan perlu dikacau hingga betul-betul sebati. Namun begitu rasanya amat sedap dan ianya nampak mewah bila dihidang dalam gelas yang tinggi. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]