Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Red Velvet Lain Macam Sedap Wajib Try

author name

Red velvet asalkan merupakan resepi sejenis kek yang menggunakan bahan-bahan yang unik yang menjadikan identitinya yang tersendiri. Antara bahan wajib dalam penyediaan kek red velvet ialah cuka,soda bikarbonat dan serbuk koko. Namun begitu red velvet kini telah diubah suai dengan pelbagai resepi lain antaranya menjadikan ia minuman,brownies mahupun cookies.

Koleksi kali ini menghimpunkan 10 resepi pelbagai jenis red velvet yang boleh anda cuba sendiri sebagai hidangan untuk keluarga anda ataupun dijadikan sebagai sumber pendapatan.

1) Resepi Red Velvet Hot Chocolate

Resepi ini merupakan hidangan minuman yang mengguna perisa red velvet bersama air hot chocolate yang amat sedap. Sesuai untuk meraikan rasa cinta bersama pasangan anda, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Resepi Red Velvet Hot Chocolate Lain Macam Sedap 2

Bahan-bahan

  • 1 cawan susu keseluruhan
  • 10 keping dark choc coin 
  • ½ tsp pewarna merah
  • Secubit serbuk kayu manis

Kaedah 

  • Cairkan coklat dan tambah susu, pewarna dan serbuk kayu manis.
  • Kemudian tambah susu kacau hingga sebati

Hiasan 

  •   ¼ cawan heavy cream
  •   1 tbsp krim keju, dilembutkan
  •   1 tbsp gula halus
  •   secubit garam
  • Pukul semua bahan dan ketepikan.
  • Penyediaan 
  • Tuang hot chocolate dalam mug kaca yang tahan panas.
  • Hias dengan krim yang dibancuh tadi.

2) Resepi Kek Red Velvet Simple

Resepi berikut adalah resepi kek red velvet yang disediakan dengan begitu ringkas sekali yang boleh anda cuba sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Kek Red Velvet Yang Senang Nak Buat 2

Bahan-bahan

  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk – resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas – hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping

  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Kaedah

  • Sediakan buttermilk – Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk,ketepikan.
  • Dalam bekas lain atukan gula, minyak dan juga telur dan pukul hingga kembang. 
  • Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila dan pukul lagi.
  •  Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati.
  • Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Tuang didalam loyang saiz 8’ bulat dan bakar pada suhu 160c sekurang-kurangnya 50-60 minit.
  • Sejukkan kek sebelum dihiasi
  • Untuk topping dan filling, putar semua bahan sehingga sebati.
  • Bahagi kek kepada 3 lapisan dan isi inti, bakinya guna untuk dkeo kek.
  • Sejukkan lagi sebelum dihidangkan.

3) Resepi Red Velvet Brownies

Resepi ini telah dikongsikan oleh Norazienti Ghazali dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Selain dibuat kek red velvet juga sedap bila dijadikan brownies. Seperti penyediaan brownies Ianya juga amat mudah untuk disediakan dan berikut ini adalah bahan-bahan yang diperlukan.

red velvet brownies
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 120g kompaun coklat gelap (Beryls)
  • 170g mentega masin
  • 350g gula castor
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 2 sudu besar pewarna merah (merah terang)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 190g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder

Krim Keju

  • 250g cream cheese
  • 50g gula castor
  • 2@3 sudu besar air perahan lemon
  • 1 biji telur A

Cara – cara memasak:

  1. Cairkan coklat & mentega (double boil).
  2. Ayak tepung gandum & baking powder.
  3. Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah, cuka. Kacau sebati & masukkan coklat yang dah dicairkan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Kacau sebati. Asingkan 1 sudu besar untuk melorek atas brownies.
  5. Guna loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk keluarkan lepas brownies masak.
  6. Tuang adunan brownies & bancuh adunan krim keju.

Krim keju:

  • Campur cheese, gula, air perahan lemon. Putar sehingga lembut & tidak berketul.
  • Masukkan telur putar sebati.
  • Tuang atas adunan brownies sikit-sikit menggunakan senduk/sudu.
  • Akhir sekali adunan brownies 1 sudu besar yang diasingkan tadi lorek menggunakan lidi/chopstick.
  • Bakar rak tengah suhu 160@170 selama 40-45min. (Kenali oven sendiri)

    Nota: PS : Untuk ukuran cupcake saiz S, 1 sudu besar adunan brownies 1/2 sudu besar adunan cheese. Bakar 20-30minit.

4) Resepi Muffin Red Velvet

Resepi seterusnya ini adalah resepi Muffin yang biasanya dijadikan sarapan pagi ataupun sebagai door gift. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Muffin Red Velvet Bajet Lagi Sempoi 2

Bahan kering

  • f200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Bahan basah

  • ½ cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Hiasan

  • Red velvet Emulco
  • White choc Chip
  • Badam

Kaedah

  • Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
  • Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
  • Guna spatula atau whisk sahaja.
  • Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
  • Masukkan adunan didalam cawan Muffin
  • Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
  • Siap

5) Resepi Red Velvet Cheese Leleh

Resipi seterusnya ini adalah resipi yang sangat popular dan dijadikan jualan. Red Velvet cheese leleh ini menggunakan teknik mengukus dan ianya di isi dengan cheese yang sangat sedap. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resipi Red Velvet Cheese Leleh (Mudah Sangat) 3

Bahan-bahan

A

  • 200ml susu segar
  • 1sb cuka masakan
  • (Campurkan kedua sebagai ganti buttermilk)

B

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1sk baking powder
  • 1sb serbuk koko
  • (Ayakkan semua bahan)

C

  • 200g butter suhu bilik
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 1 sudu teh emulco red velvet
  • 3 biji telur gred A

D

  • 1 sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 sudu besar cuka masakan 

Kaedah

  • Panaskan pengukus, sediakan bekas yang sesuai seperti didalam gambar atau anda boleh menggunakan loyang bulat bersaiz 8”, pastikan gris dan lapik dengan kertas minyak jika anda guna loyang ya.
  • Seterusnya, pukul bahagian C iaitu butter dan gula hingga putih, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Kemudian tambahkan esen vanila dan emulco red velvet.
  • Menggunakan spatula, kaup balik bahan A dan bahan B.
  • Apabila telah siap, sediakan bahan dan terus curah apabila ia telah berbuih.
  • Masukkan kedalam bekas yang sesuai dan kukus selama 20-25 minit (jika guna bekas kecil) atau kukus selama 40 jika guna loyang saiz 9” tadi.
  • Pastikan loyang ini ditutup supaya air tidak menitik.
  • Dan terbalik kek bersama acuannya sejurus ia masak ya.

Resepi Cheese Leleh

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese suhu bilik
  • ½ cawan susu pekat ( boleh dianggarkan untuk disesuaikan rasa manisnya)
  • ½ tin susu cair
  • ½ cawan krim putar

Kaedah

  • Pukul cheese bersama susu manis dahulu hingga ia gebu.
  • Kemudian tambahkan susu cair dan pastikan ia sebati, tambahkan whip cream dan pukul hingga ia gebu. Ketepikan.

Bahan hiasan

  • Serdak kek red velvet (ambil sedikit kek red velvet dibahagian atas dan panaskan sebentar dalam oven agar ia kering.)

Cara-cara membuat kek red velvet cheese leleh.

  • Selepas kek red velvet siap dikukus dan disejukkan, tuang cheese leleh diatas nya dan hiasi dengan serdak kek red velvet yang telah siap dikeringkan. Jamulah ia selepas disejukkan selama beberapa jam didalam peti ais.

6) Resepi Biskut Red Velvet Rangup

Resepi ini dikongsikan Emi Nuraziean dan mendapat banyak likes serta Red Velvet orang-orang yang sangat mudah untuk disediakan, dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

biskut-red-velvet

Bahan – bahan:

Bahan A

  • 250g buttercup
  • 1cwn myk jagung
  • 2cwn gula castor
  • 1bj telur
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu pewarna merah + oren

Bahan B

  • 500 gram tepung gandum
  • 1 sudu soda
  • 1 sudu baking powder
  • 1 cawan almond
  • 1 cawan chocolate chip

Cara – cara memasak:

  • Gaulkan bahan bahan A supaya semuanya sebati. Kejap sahaja ya.
  • Masukkan bahan B.
  • Siap untuk dibakar selama 20 minit.

7) Resepi Biskut Red Velvet Mudah

Satu lagi resipi biskut yang boleh anda cuba sendiri-seperti resipi sebelum ini ianya tidak banyak berbeza namun boleh menjadi alternatif bagi anda yang ingin mencuba resipi ini. Rasa rangupnya sama seperti cookies dari famous amos dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Biskut Red Velvet ( Mudah Dan Pasti Jadi) 2

Bahan-bahan

A

  • 125g butter
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • ½ cawan gula castor

B

  • 1 biji kuning telur
  • ½ sudu teh esen vanila
  • ½ pewarna merah
  • ½ pewarna pink

C

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk koko

D

  • 40g almond nib
  • 40 g coklat cip

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10minit.
  • Dengan guna spatula atau senduk kayu,gaulkan butter dan gula sehingga berwarna putih/pucat.
  • Masukkan  bahan B dan gaul sebati. Tambah esen vanila
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan C
  • Gaul rata semua bahan agar sebati dan mesra.
  • Tambahkan bahan-bahan D.
  • Dengan menggunakan sudu,letakkan sesudu adunan untuk sekeping biskut.
  • Bakar selama 20 min pada suhu 160c.

8) Resepi Kek Red Velvet Viral

Resipi seterusnya ini merupakan satu lagi cara lain untuk menyedia kan kek Red Velvet. Walaupun kita mempunyai beberapa variasi resepi kek namun anda juga boleh mencuba resipi ini.

Resepi Kek Red Velvet (Resepi Viral Best Selling) 2

Bahan-bahan A

  • ¾  cawan unsalted butter
  • 2 cawan gula
  • 2 telur saiz gred AA (3 biji jika gred A)
  • 2 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan B

  • 2 ½ cawan tepung
  • ¼ cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh baking powder

Bahan-bahan C

  • 1 ½ cawan susu campur 1 ½ sudu teh cuka masakan.
  • (sebagai ganti buttermilk)

Bahan-bahan D

  • 1 ½ sudu besar cuka masakan
  • 1 sudu kecil pewarna merah

Kaedah

  • Panaskan oven sekurang-kurangnya 10 min pada suhu 160 celcius.
  • Griskan 2 loyang bulat saiz 8”
  • Ayak bahan B terlebih dahulu.
  • Mengguna ‘hand mixer’ pukul butter dan gula hingga pucat. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga telur benar-benar sebati.. Berhenti.
  • Kemudian masukkan bahan B dan bahan C secara selang seli.Kaup balik guna spatula sahaja. Akhir sekali masukkan bahan D didalam adunan.
  • Bahagikan adunan ini kepada 2 loyang,tujuannya supaya kek dibakar sekata. Juga untuk menghasilkan kek yang tinggi.Jangan lupa hentakkan loyang untuk memecahkan buih-biuh udara dan supaya kek menjadi lebih halus.
  • Bakar selama 35 min sahaja. Sejukkan kek atas redai.

9) Resepi Kek Red Velvet Cheese Brownies

Berikut adalah resepi red velvet cheese  resepi yang dikongsikan oleh Norazieanti Ghazali di laman Facebook. Ia adalah gabungan brownis bersama cheese dan memberi rasa dan rupa yang menarik yang boleh anda cuba sendiri. Berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk menyediakan masakan ini.

red velvet brownies
Imej via Facebook

Bahan Brownies :

  • 120 gram dark choc compound
  • 70 gram salted butter,
  • 350 gram gula castor,
  • 4 biji telur A,
  • 1 sudu kecil cuka makan,
  • 2 sudu besar pewarna merah (bright red),
  • 1 sudu kecik esen vanilla,
  • 190 gram tepung gandum,
  • 1 ½ sudu kecil baking powder.

Cara-cara :

  1. Cairkan choc dan butter (double boil).
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  3. Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah dan cuka. Kacau sebati dan masukkan coklat yang sudah dicairkan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Asingkan 1 sudu besar untuk melorek di atas brownies.
  5. Gunakan loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk dikeluarkan lepas brownies masak.
  6. Tuang adunan brownies dan bancuh adunan cheese.

Bahan Cheese :

  • 250 gram cream cheese,
  • 50 gram gula castor,
  • 2@3 sudu besar air perahan lemon,
  • 1 biji telur gred A.

Cara-cara :

  1. Campur cheese, gula dan air perahan lemon. Putar sehingga lembut dan tidak berketul.
  2. Masukkan telur dan putar sebati.
  3. Tuang ke atas adunan brownies sedikit-sedikit menggunakan senduk/sudu.
  4. Akhir sekali adunan brownies 1 sudu besar yang diasingkan tadi dilorek menggunakan lidi/chopstick.
  5. Bakar di rak tengah dengan suhu 160-170°C selama 40-45 minit. (Mengikut oven sendiri)

10) Resepi Red Velvet Cake

Resipi terakhir di dalam koleksi telah dikongsikan oleh Noor Nira dan mendapat banyak likes dan shares di media sosia red velvet ini yang menjadi resipi paling tulen. Bahan-bahan yang digunakan boleh didapati di kedai berdekatan namun cara pembuatannya mestilah betul untuk menghasilkan kek yang sedap.

red velvet cake 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 2 cawan tepung superfine
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam halus
    (satukan guna whisk bagi sebati)

Bahan B:

  • 1 1/2 cawan gula aising
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 biji telur gred A
  • Esen creamy vanilla
  • Pewarna bright red
    (gaulkan sampai kembang)

Bahan C:

  • 1 cawan susu segar+2 sudu besar cuka
    (Buttermilk)
  • 2/3 cawan air panas

Krim keju:

  • 500g cream cheese tartura
  • 1 cawan susu pekat manis f&n
  • Esen creamy vanilla

Cara – cara memasak:

  1. Gaulkan bahan B sehingga kembang dan masukkan bahan A secara berselang seli dengan bahan C.
  2. Sediakan loyang saiz 8 inci dan kukus selama 45 minit.
  3. Kemudian, hiaskan bersama krim keju.
  4. Siap!

Itulah dia 10 resipi Red Velvet yang mempunyai banyak variasi yang boleh anda cuba sendiri. Resepi-resepi di sini telah di cuba dan sememangnya adalah resipi sebenar. Walaupun dia nampak rumit walaupun setengah resipi nampak rumit tapi sebenarnya jika anda ikut resipi ini dengan betul ianya tidaklah sukar untuk disediakan. Apa pun diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *