Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Red Velvet (Resepi Viral Best Selling)

Kalau sebut kek baldu merah,ramai tidak kenal.tapi kalau sebut kek red velvet,pasti semua orang kenal. Boleh dibayangkan keenakannya. Rasa baldu kek dengan warna merah. Rasa lemak-lemak, manisnya yang tidak terlalu manis. Syahdu sungguh!

Resepi yang Madam bawa kali ini, ialah resepi yang madam guna untuk tempahan kek. Kek ini paling tinggi permintaan. Madam telah guna resepi ini sejak mula dalam penglibatan dunia pastri ini.

Sebenarnya rahsia keenakkan kek red velvet ini terletak pada bahan-bahan yang digunakan. Untuk butter contohnya,sebaiknya guna ‘pure butter’ dan tidak masin. Jenama yang selalu d igunakan ialah Anchor,SCS dan beberapa lagi. Manakala koko pula guna kan koko premium yang diimport, kerana baunya lebih harum.

Membuat red velvet ini tidaklah sukar, kerana tekniknya ialah sama seperti kek butter yang biasa kita buat. Cuma seperti Madam sebut tadi,penggunaan bahan-bahannya haruslah premium dalam memastikan kualiti dan rasa yang mewah.

Mari kita lihat bahan-bahan yang digunakan.

Resepi Kek Red Velvet

Bahan-bahan A

  • ¾  cawan unsalted butter
  • 2 cawan gula
  • 2 telur saiz gred AA (3 biji jika gred A)
  • 2 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan B

  • 2 ½ cawan tepung
  • ¼ cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh baking powder

Bahan-bahan C

  • 1 ½ cawan susu campur 1 ½ sudu teh cuka masakan.
  • (sebagai ganti buttermilk)

Bahan-bahan D

  • 1 ½ sudu besar cuka masakan
  • 1 sudu kecil pewarna merah

Kaedah

  • Panaskan oven sekurang-kurangnya 10 min pada suhu 160 celcius.
  • Griskan 2 loyang bulat saiz 8”
  • Ayak bahan B terlebih dahulu.
  • Mengguna ‘hand mixer’ pukul butter dan gula hingga pucat. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga telur benar-benar sebati.. Berhenti.
  • Kemudian masukkan bahan B dan bahan C secara selang seli.Kaup balik guna spatula sahaja. Akhir sekali masukkan bahan D didalam adunan.
  • Bahagikan adunan ini kepada 2 loyang,tujuannya supaya kek dibakar sekata. Juga untuk menghasilkan kek yang tinggi.Jangan lupa hentakkan loyang untuk memecahkan buih-biuh udara dan supaya kek menjadi lebih halus.
  • Bakar selama 35 min sahaja. Sejukkan kek atas redai.

Apabila telah kek telah sejuk, boleh dihiasi mengikut citarasa. Oleh kerana Madam banyak terima tempahan kek. Jadi kek yang Madam kongsi hari ini bertema Unicorn.

Kek Red Velvet kali ini dihiasi dengan tema Unicorn.


Luar kek dihiasi dengan fresh cream sahaja.
Bahagian dalam. Kek ini tahan 3 minggu dalam petiais. Tapi dalam bekas kedap udara ya.


Sedap dan mudah, malah bagus untuk terima tempahan. Berbaloi untuk dicuba.Selain dari resepi jangan lupa cuba resepi lain ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!