Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Coklat Cheese Leleh (Mudah Dan Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini, ialah gabungan kek coklat moist dengan cheese leleh. Kerana ia merupakan gabungan ngan kedua ini, ia menjadi sangat popular. Ia popularkerana rasanya yang sedap. Moist dari kek coklat dan keenakkan cheese leleh.

Resepi kek coklat moist adalah antara mendapat paling banyak perkongsian. Boleh dikatakan ia sebagai resepi kek viral. Jadi kek ini telah diinovasi dengan pelbagai inti dan yang paling menarik ini ialah kek coklat cheese leleh ini. Adunan campuran cheese dan whip cream serta susu ini menjadi satu gabungan yang sangat sedap. Tambahan pula bila ada campuran choc ganache sebagai hiasannya.

 Jadi mari lihat bahan-bahan diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Kek Coklat Cheese Leleh (Mudah Dan Sedap)

Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-bahan A

  • 1 cawan besar tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1sudu teh soda bikabornat
  • ½ sudu teh garam

Bahan-bahan B

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan susu cair

Bahan-bahan C

  • Telur gred A 2 biji
  • 1 sudu teh esen vanilla

Kaedah

  • Panaskan pengukus dan sediakan bekas plastik yang sesuai.
  • Seterusnya, ayak bahan-bahan A dahulu dan ketepikan.
  • Letakkan bahan-bahan B dalam periuk dan masakkan dengan api kecil. Kacau jangan biar ia hangit. Cukup sekadar gulanya larut, tutup api. Biar ia sejuk sedikit.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul sebati. Tambahkan esen vanilla.
  • Sekarang tambahkan bahan-bahan  A yang telah diayak.
  • Kaup balik hingga bancuhan menjadi sebati.
  • Tuang kedalam bekas plastik.
  • Kukus didalam pengukus selama 25 minit. Pastikan api tidak terlalu panas supaya ia masak rata dan tidak pecah tengah.
  • Apabila telah masak , cucuk dengan lidi untukmemastikan ia masak sepenuhnya. Terbalikkan ia selepas 10 minit dan sejukkan seperti biasa.

Resepi Cheese Leleh.

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese suhu bilik
  • ½ cawan susu pekat ( boleh dianggarkan untuk disesuaikan rasa manisnya)
  • ½ tin susu cair
  • ½ cawan krim putar

Kaedah

  • Pukul cheese bersama susu manis dahulu hingga ia gebu.
  • Kemudian tambahkan susu cair dan pastikan ia sebati, tambahkan whip cream dan pukul hingga ia gebu. Ketepikan.

Bahan-bahan hiasan 

  • Coklat ganache (100ml susu cair, 100g dark choc coin dan double boil keduanya dan gaul hingga sebati)

Cara-cara membuat kek coklat cheese leleh.

  • Selepas kek siap dikukus dan disejukkan, tuang cheese leleh diatas nya dan hiasi dengan lelehan coklat ganache. Jamulah ia selepas disejukkan selama beberapa jam didalam petiais.


Oleh kerana rasanya sangat sedap, cara membuatnya pula sangat mudah. Anda tidak perlu ada oven untuk membuat kek ini, sekadar pengukus juga mencukupi. Bahannya juga sangat ringkas dan mudah didapati. Oleh itu anda pasti akan berjaya membuat kek ini.

Jadi bolehlah  anda mencubanya sebagai meraikan hari istimewa anda bersama keluarga tercinta. Selamat mencuba.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *