Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pandan Baked Cheesecake Sesuai Tekak Orang Kita

Resepi berikut merupakan hidangan pencuci mulut yang ringkas tetapi sangat mudah untuk disediakan. Reseoi ini merupakan satu lagi inovasi kek burnt baked cheesecake yang sangat popular sejak akhir-akhir ini. Kali ini perisa yang digunakan didalam resepi burnt cheesecake ini ialah pandan, satu perisa yang sangat sinonim dengan selera orang tempatan.

Antara bahan-bahan yang digunakan ialah cream cheese, santan,telur dan perisa pandan, baiklah berikut adalah cara-cara penyediaannya.

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese
  • 60g gula halus
  • 3 biji telur
  • 100ml santanĀ 
  • 1tbsp tepung gandum
  • 1tbsp tepung jagung
  • Emulco pandan 1 tsp

KaedahĀ 

  • Kisar semua bahan hingga halus
  • Masukkan dalam loyang saiz 6ā€ yang telah dilapik kertas minyak.
  • Bakar pada suhu 220c selama 30min
  • Sejukkan kek sebelum dikeluarkan.
  • Siap!

Untuk menghasilkan kek yang sihat kurangkan penggunaan gula dan selain menggunakan emulco pandan anda juga boleh menggunakan daun pandan yang segar bagi mendapatkan aroma yang lebih menarik. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!