Resepi Ayam Masak Daun Bawang Sempoi Dan Sedap

Resepi ini saya dapatkan daripada media sosial yang dikongsikan oleh seorang pemengaruh yang berbangsa Cina Muslim. Perkongsian beliau dalam masakan ini yang menggunakan ayam dan juga lebihan daun bawang ini bukan sahaja amat mudah malah Ianya amat sedap. Bukan itu sahaja dalam masakan ini ayam tak perlu digoreng dahulu ianya boleh dimasak sekali jalan dan memudahkan kerja. Saya dah cuba resepi ini dan sememangnya rasanya amat sedap dan perlulah saya kongsikan kepada anda resepi ini, baiklah bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ini adalah seperti berikut.

Bahan-bahan

  • Ayam dipotong kecil-kecil
  • Sos tiram
  • Lada sulah
  • Kicap cair
  • Kicap manis
  • Minyak bijan
  • Tepung jagung
  • Daun bawang (hiris sederhana tebal)

Kaedah

  • Perap ayam dengan semua bahan kecuali daun bawang dan biarkan seketika.
  • Panaskan kuali dan tambah sedikit minyak kemudian tumis ayam hingga sedikit garing.
  • Selepas garing tambah daun bawang yang bahagian bawahnya dahulu.
  • Terus masak hingga ianya layu baru tambah daun bawang bahagian atasnya pula.
  • *saya tambah cili api untuk rasa yang lebih pedas.
  • Siap!

Oleh kerana masakan ini amat ringkas dan bahan-bahannya juga mudah didapati  malah ia tidak menggunakan sebarang bawang pun jadi ianya amat sesuai untuk dihidangkan sebagai menu makan malam terutama jika anda terlalu sibuk di siang hari untuk masak anda boleh mencuba masakan ini untuk hidangan keluarga anda. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts