Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Paprik Ayam Senang Sangat Buat Sendiri

 Resepi kali ini merupakan satu lagi menu popular jika berkunjung ke restoran makanan masakan Thailand. Paprik ayam merupakan sejenis sajian yang disediakan mengguna sedikit pes tomyam bersama tumisan cili kering, sos cili, sos tiram dan juga sayur-sayuran.

Namun begitu kadang kala bila ke gerai masakan Thailand ini, paprik yang disediakan tidak memenuhi selera contohnya terlalu banyak air ataupun mempunyai isi ayam yang terlalu sedikit. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri paprik ayam ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam – dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 10 ulas cili api – dihiris
  • 2 helai daun limau purut – disiat
  • Bunga kobis – dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung – dihiris serong
  • 1/2 biji karot – dihiris serong
  • 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam
  • 1 cawan air
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  • Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  • Tutup api dan hidangkan.

Selain daripada ayam anda juga boleh menggunakan udang dan juga sotong. Gunakan pes tomyam yang berkualiti untuk mendapatkan rasa yang sama digerai tomyam. Berbaloi untuk disediakan kerana ia jauh lebih menjimatkan dan amat sedap. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!