Koleksi Resepi Ayam Masak Bali Confirm Makan Bertambah

Juadah masakan ayam memang tak pernah bosan kan? Ayam memang enak di masak dengan pelbagai cara dan paling penting mudah dan sedap.

Kali ini kami nak kongsikan resepi ayam masak bali. Ayam masak bali ini rupa seakan ayam masak kicap tapi mempunyai sedikit perbezaan dari segi bahan.  Resepi ayam masak bali ini di buat lebih kering dan penuh rasa rempah. Memang sedap!

Resepi Ayam Masak Bali

Kalau anda nak tahu rupa ayam masak bali, haa ini lah seakan ayam masak kicap kan tapi resepi ini lebih mempunyai rasa rempah. Resepi ini dikongsikan oleh Tinie Razak.

Bahan-bahan

  • Ayam sebelah potong kecil letak garam kunyit dan goreng separuh masak
  • Bwg besar sebiji
  • Bwg putih
  • Halia seinci (semua blend halus)
  • Kicap manis ABC
  • Serai 6batang (ketuk)
  • Daun kari 4pelepah
  • Cili kisar 4sudu

Cara Penyediaan

  1. Tumis serai sampai garing sikit, masuk daun kari, dah garing masuk bahan kisar, masak sampai pecah minyak.
  2. Selepas itu masuk cili kisar, asam keping, tunggu sampai pecah minyak, masuk kicap ABC 2sudu dan masuk ayam goreng.

Resepi Ayam Masak Bali Sedap

Resepi mudah dan sedap memang menjadi kegemaran semua orang kan? Lagi simple lagi bertambah pinggan. Resepi ini dari Noru Nasir.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam +serbuk kunyit+garam~ gaul & perap
  • 6 batang serai, diketuk
  • 4 pelepah daun kari
  • 1 camca besar kicap lemak manis
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 1 camca besar rata gula
  • 1/2 cawan air

Bahan kisar

  • 4 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan

Cara Penyediaan

  1. Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minyak.Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap.Tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
  2. Masukkan kicap.Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Siap.

Resepi Ayam Masak Bali Versi Cik Epal

Cik Epal memang terkenal pada zaman blogger ketika dulu. Resepi ayam masak bali yang dikongsikan oleh Mastura Abdul Rahman ini adalah dari versi Cik Epal sendiri.

Bahan-bahan

  • Ayam 1
  • Serai 6 batang
  • 3 urat daun kari
  • Bawang besar 4 biji, 3 biji kisar halus, 1 biji potong bulat jadi hiasan
  • Cili giling 3 sudu
  • Kicap pekat 2 sudu
  • Kicap manis 6 sudu

Cara Penyediaan

  1. Ayam gaul dengan garam kunyit dan goreng separuh masak dan ketepikan. Tumis serai semua dalam sedikit minyak. Masukkan daun kari bila macam garing bubuh bawang yang dikisar.
  2. Dah naik bau masukkan cili giling. Cili dah garing masukkan ayam biar sekata dengan cili. Dan letak 2 jenis kicap dan bawang yang dipotong bulat. Kacau sampai likat dan pekat.

Resepi Ayam Masak Bali Versi Mesra Kanak-Kanak

Resepi yang ini sesuai untuk di hidangkan untuk anak-anak. Tidak terlalu pedas dan rasa rempah yang kuat. Anak-anak kalau makan mesti bertambah. Resepi dari Nursyarena Suraya Rahimi.

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Sos tomato
  • Kicap manis
  • Bawang besar
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Serai
  • Daun kari

Cara Penyediaan

  1. Blend/ chop bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis serai dulu. Letak lagi banyak serai lagi sedap baunya.
  2. Last sekali gaul ayam yang dah digoreng kunyit. Tabur daun kari 4 tangkai. Perasakan garam dan gula. Nak berkuah letak air lebih sikit.

Resepi Ayam Masak Bali Berkuah

Kalau anda mencari ayam masak bali versi berkuah, resepi dari Syukur Selalu ini sesuai untuk anda. Boleh cuba nanti.

Bahan-bahan

  • Seekor ayam sederhana (Lepas siap cuci isi garam dan kunyit goreng 1/2 masak)

Bahan A (blender)

  • Bawang besar 4 biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Halia sikit
  • Lada kering 10 tangkai

Bahan B

  • Serai 9 batang ketuk
  • Daun kari 10 tgkai
  • Lda kecik merah+hijau
  • 8 biji sekali batang
  • Belacan sikit

Bahan C

  • Kicap manis 5sdb @ lebih
  • Sos tiram 4 sdb
  • Gula & aji

Cara Penyediaan

  1. Baki minyak goreng ayam tadi dalam secawan agak-agak goreng bahan B terbit bau dan layu
  2. Isi bahan A goreng sampai pecah minyak garam dan gula sikit bagi cepat pecah minyak.
  3. Kacau dan tutup tudung masak sampai kuah agak pekat & siap.

Resepi Ayam Masak Bali Paling Sedap

Resepi ayam masak bali paling sedap dan mudah nak buat. Resepi mudah ini dari Iva Marissa rugi kalau anda tak cuba.

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ayam
  • 6-8 batang serai dititik
  • 8 helai daun kari
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kecil garam.
  • Kicap peka
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Sebiji bawang

Bahan kisar

  • Segenggam cili kering (rebus)
  • 5-6 biji bawang besar
  • Seinci halia
  • 6 ulas bawang putih

(Kisar halus ya)

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan ayam. Lumur dengan kunyit dan garam
  2. Goreng dalam 10-15 minit (jangan garing sangat). Ketepikan.
  3. Gunakan minyak yg goreng ayam tadi, Masukkan daun kari dan serai kacau dan goreng. Jangan sampai hangus ya (api sederhana).
  4. Masukkan bahan yang dikisar dan biarkan garing.
  5. Masukkan kicap pekat masukkan garam dan gula. Gaulkan.
  6. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
  7. Hiris bulat bawang sebiji tabur, gaul rata dan biarkan dalam 8-10 minit.

Resepi Ayam Masak Palembang

Resepi ayam masak palembang ini juga sama seperti ayam masak bali, nama reseoi sahaja berlainan. Jom cuba resepi dari Qasih Jue Aisya.

Bahan-bahan

Bahan A: Kisar

  • Bwg besar – 2 biji (sederhana)
  • Bwg putih – 5 – 6 ulas
  • Halia – besar ibu jari

Bahan B

  • serbuk kunyit
  • Daun kari – 2 – 3 tangkai
  • Kicap manis – 1/2 cawan
  • Cili blend – ikut pedas ( 2 senduk nasi)
  • Asam keping – 2 keping besar
  • Santan – 100ml
  • Minyak untuk tumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Gaul ayam dengan kunit dan garam.. goreng setengah masak dan ketepikan
  2. Panaskan minyak
  3. Tumis bwg besar bawang putih halia sampai naik bau.
  4. Masukkan cili blend.
  5. Tumis sampai pecah minyak.
  6. Masukan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat.
  7. Masukkan daun kari
  8. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Masukkan asam keping
  10. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  11. Masukkan santan.
  12. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan.
  13. Kalau kering sangat masukkan air sedikit.

Resepi Ayam Masak Bali Sedap Diratah

Resepi ayam masak balik ini sedikit kering dan memang sedap kalau dimakan tanpa nasi. Ratah macam tu je pun dah sedap. Resepi ini dari Zaimah Zakaria.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam(basuh bersih gaul garam kunyit, goreng)
  • 1 biji bwg merah besar hiris
  • 3 ulas bwg putih hiris
  • 1 inci halia hiris
  • 3 btg serai ketuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 senduk cili kering yang siap di kisar
  • 1 senduk kicap manis

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan yang dihiris sampai kekuningan.
  2. Masukkan serai dan daun kari kacau rata.
  3. Masuk cili kering kisar dan kicap.
  4. Rasa dulu kalau tawar tambah garam sikit.
  5. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacau rata tutup api.

Resepi Ayam Masak Bali (Potongan Ayam Kecil)

Kalau anda seorang yang gemarkan dengan ayam potongan kecil, anda boleh cuba resepi dari Rozy Mohd Saleh. Kalau ayam dengan saiz kecil pun mudah nak makan kan?

Bahan-bahan

  • Seekor ayam potong kecil – gaul dengan garam kunyit, goreng dan ketepikan
  • 4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Cili kering/cili boh
  • Halia
  • Belacan

– mesin halus

  • 5 batang serai
  • 8 tangkai daun kari
  • Kicap
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan

  1. Tumis serai kemudian masukkan daun kari. Bila dah terbit bau, masukkan cili yang dah dimesin dengan bahan-bahan lain. Tumis sampai garing.
  2. Masukkan 3-4 sudu makan kicap, garam gula secukup rasa.
  3. Masukkan ayam yang dah digoreng. Biarkan sebati dalam 8-10 minit.
  4. Dah siap.
  5. Nak lagi sedap, tumis guna lebihan minyak goreng ayam tadi.

Resepi Ayam Masak Bali Memikat Hati

Resepi terakhir ini merupakan resepi dari Niza Hamid. Mempunyai sedikit kelainan apabila beliau memasukkan sedikit belacan dalam masakan ini. Jom cuba.

Bahan-bahan

  • Seekor ayam (kalau korang masak sikit, kurangkan bahannya)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 8 batang serai (dititik)
  • 6 tangkai daun kari
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula (Kakniz tukor dengan gula Melaka)
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 5 biji bawang besar
  • 10 biji bawang merah (Kakniz tukar dengan sebiji bawang Holland
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci belacan (digoreng atau dibakar dahulu)

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
  5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.

Resepi Menarik Yang Lain

Terdapat pelbagai lagi resepi menarik yang lain telah kami kongsikan untuk anda pilih dan cuba sendiri di rumah. Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *