Resepi Ayam Percik Tumis ( Sedap Ringkas)

Resepi kali ini merupakan sebuah menu yang popular di sebelah pantai timur. Ayam percik adalah bahagian yang dibakar kemudian dipercik dengan kuahnya. Ia mempunyai beberapa versi seperti ayam percik Kelantan,ayam percik Melaka, ayam percik pedas dan ayam percik putih.

Sedikit maklumat menarik tentang jenis ayam percik ini ialah pada warnanya contohnya ayam percik Melaka mempunyai warna yang merah berbanding ayam percik sebelah Kelantan yang mempunyai warna yang putih. Sudah tentu rasanya ada sedikit perbezaan. Namun waima apapun perbezaannya, ayam percik telah menambat hati ramai peminat makanan berasaskan ayam. Oleh itu ia senang didapati di pasar-pasar malam ataupun di bazar Ramadan. Baiklah mari lihat resepi ayam percik versi tumis ini bagi anda yang ingin mencuba resepi ini.

Resepi Ayam Percik Tumis ( Sedap Ringkas)
Bahan utama

  • Ayam saiz kecil dipotong 4, bersih dan kelarkan ia, ketepikan.

Bahan-bahan kisar

  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai  
  • 2 sudu cili kisar 
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam,gula merah dan serbuk perasa secukup rasa.

Bahan lain

  • 1 batang serai yang ditumbuk pecah.
  • 1 keping asam keping saiz kecil

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan perasakan dengan garam dan kunyit, gril didalam pemanggang ajaib hingga masak,ketepikan.
  • Sementara itu panaskan sedikit minyak tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.
  • Tunggu sehingga naik bau, dan masukkan santan,asam keping,serai,garam, gula dan serbuk perasa.
  • Tunggu sehingga kuah menjadi pekat dan naik minyak.
  • Akhir sekali masukkan ayam yang telah digrill tadi. 
  • Biarkan seketika sehingga ayam meresapi kuah percik tadi.
  • Siap untuk dihidangkan .

Ayam percik ini mempunyai rasa yang sangat sempurna kerana ia adalah gabungan masam, manis,masin,pedas dan berlemak. Untuk mendapatkan tesktur yang lebih cantik, anda juga boleh membakarnya didalam oven selepas anda mencurahkan kuah keatas ayam tadi.

Resepi ini juga sangat sesuai jika dijadikan sebagai menu didalam acara bbq bersama keluarga. Apapun rancangan anda, cubalah resepi mudah ini dan anda pasti suka akan rasanya nanti.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *