|

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah (Confirm Nak Lagi!)

Bosan asyik makan benda sama? Kali ini kami bawakan resepi ayam masak kicap berempah khas buat anda semua.

Ayam Masak Kicap Berempah merupakan hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Rasanya manis pedas, ditambah pula dengan rasa rempah yang amat lazat, pasti makan bertambah – tambah.

Resepi ini dikongsikan oleh Syuhaida Meltieda GhuLam dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi? Jom!

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Ubi kentang
  • Rempah kari daging
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk cabai
  • Kicap masin & manis
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun kari
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Bawang besar potong bulat
  • Cabai hidup (tabur atas)

Cara penyediaannya:

  1. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Tumis bahan rempah 4 sekawan dengan daun kari.
  3. Masukkan bahan yang telah diblend, serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk cabai, kicap manis dan kicap masin, masukkan ubi kentang masak sampai pekat dan ubi empuk.
  4. Masukkan ayam yang sudah digoreng, garam dan serbuk perasa, tabur bawang besar dan cabai hidup.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *