Resepi Udang Masak Diraja (Confirm Tak Cukup!)

Resepi Udang Masak Diraja merupakan hidangan kegemaran kesemua lapisan umur. Daripada yang kecil sehinggalah yang dewasa, semuanya amat menyukai hidangan Udang Masak Diraja ini.

Tahukah anda, sebenarnya, Udang Masak Diraja ini mudah untuk disediakan. Disini, kami ada sediakan resepi yang lengkap untuk anda ikuti. Jadi, bolehlah anda sediakan kepada yang tersayang ya!

Resepi ini dikongsikan oleh Aryati Sarah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Udang Masak Diraja

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai diketuk
  • 1kpg asam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan santan pekat

Cara penyediaannya:

  1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang.
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan serai ketuk.
  4. Masukkan udang. Kacau dan sebatikan.
  5. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit, asam keping dan perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.
  6. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa kesegaran udang.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *