Resepi AyamPop Krup Krap (Snek Enak)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi snek yang sedap tetapi ringkas. Ayampop krup krap, diperbuat dari isi ayam yang disalut dengan tepung dan oat. Ia menghasilkan rasa yang rangup, tetapi sangat berjus didalamnya.Ayampop ini adalah salah satu inovasi pada lambakan resepi ayam yang terdapat didalam pasaran. 

Ayam merupakan satu sumber protin paling popular, kerana ia mempunyai rasa yang sedap, dagingnya pula lembut dan jika pandai memasaknya isinya juga akan manis dan berjus. Oleh itu anda perlulah pandai untuk memilih dan mengoreng isi ayam. Kali ini Madam akan kongsikan resepi ayampop krup krap yang sangat sesuai dijadikan “finger food”.

Resepi AyamPop Krup Krap (Snek Enak)
Bahan-bahan 

  • 500gm dada ayam – potong dadu dan toskan
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
  • ½ sudu teh garam
  • ¼  sudu teh serbuk lada hitam

A

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh serbuk kari / paprika (kalau nak rasa pedas sikit)

B

  • 3 biji telur

C

2 cawan nestum / oat

Kaedah

  • Gaul rata ayam dengan bawang putih, garam dan serbuk lada hitam. Perap selama 30minit @ 1jam.
  • Satukan dan gaul rata tepung gandum dan serbuk kari dalam mangkuk.
  • Pukul telur dalam mangkuk lain.
  • Masukkan nestum dalam mangkuk lain.
  • Celup ayam dalam telur. Lepastu salut dengan tepung. Celup dalam telur sekali lagi. Last sekali salut dengan nestum.
  • Ulang sehingga ayam habis.
  • Masak dalam minyak yang panas dan api sederhana sehingga warna keemasan.

Untuk memilih isi ayam yang segar,pastikan isinya sedikit jernih dan tidak lisut apabila ditekan. Mengoreng juga haruslah me ggunakan api yang sederhana kerana oat/nestum mudah hangit dan rentung.

Jadi anda haruslah pandai mengawal api, jika terlalu lama isinya pula akan keras, jika api besar ia akan hangus, jika terlalu sekejap pula isinya akan mentah. Apapun anda haruslah mencubanya sendiri dan rasai sendiri kelainan dalam resepi ini. Selamat mencuba!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *