Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Percik Pasar Malam (Merecik Sangat)

Tiap kali pergi pasar malam mesti selalu tergoda beli ayam percik. Entah apa yang membuat ayam percik pasar malam lain dari yang lain tapi ianya mampu bikin kita rindu untuk tunggu beli sekali seminggu.

Khabar gembira, kini anda boleh buat ayam percik merecik macam pasar malam yang mampu bikin semua orang terliur itu. Dengan resepi yang didatangkan daripada Nana Mea Soffea di laman Facebook kami akan dedahkan resepi ayam percik lazat. Ayam percik ala pasar malam tanpa menggunakan arang.

Kini anda boleh makan ayam percik lazat ala pasar malam di rumah. Makan dengan nasi putih atau ratah macam itu sahaja lazat juga. Lazat merecik segala rencah dan aromanya amat menyelerakan.

Resepi Ayam Percik Pasar Malam

ayam percik
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam,
  • Bawang besar *,
  • Bawang putih*,
  • Halia*,
  • Lengkuas*,
  • Serai,
  • Gula,
  • Garam,
  • Kiub ayam,
  • Sos cili,
  • Santan.

Cara-cara :

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Perap ayam dengan bahan kisar.

Untuk Yang Pakai Periuk Noxxa :

  1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk. Tekan Hp 10 untuk separuh ayam.
  2. Bila sudah masak, garingkan dalam minyak panas (guna dapur biasa saja). Goreng sekejap saja dengan minyak sedikit.
  3. Sapu ayam yang sudah digoreng tadi dengan baki sambal.

Untuk Yang Guna Dapur Biasa :

  1. Rebus ayam dalam bahan kisar.
  2. Jika sudah lembut, goreng ayam.

Untuk Yang Guna Pemanggang Ajaib :

  1. Lagi mudah, letak semua ayam perap di dalamnya.
  2. Jika cukup masa tutup api.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam percik pasar malam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!