Resepi Rendang Ayam ( Ringkas Dan Sedap)

Resepi rendang kali adalah resepi rendang yang paling biasa ditemui. Rendang ayam, seringkas namanya, bahan-bahannya juga ringkas. Rendang bagi anda yang tidak pernah mencuba adalah sejenis masakan orang Melayu. Ia adalah masakan yang istimewa kerana lazimnya rendang di masak bagi meraikan hari yang istimewa seperti hari raya atau didalam kenduri kendara.

Pada zaman dahulu, untuk memasak rendang ia memerlukan usaha yang gigih dan masa yang panjang. Kerana untuk menyediakan rendang, kelapa tua perlu dikopek dan diparut isinya, ini untuk menghasilkan santan yang pekat. Kemudian untuk membuat kerisik, kelapa parut perlulah di goreng tanpa minyak atau bahasa lain, disangai. Sangai kelapa parut hingga ia berwarna perang dan coklat gelap, kemudian ia akan ditumbuk menggunakan lesung batu sehingga keluar minyaknya. Ia untuk menghasilkan rendang yang benar-benar berlemam dan tahan lama.

Namun kini memasak rendang tidaklah sukar kerana bahan-bahannya mudah didapati. Sebab itulah rendang ayam boleh ditemui dimana-mana pada setiap waktu. Kali ini Madam akan kongsikan resepi yang amat mudah tetapi sangat sedap.

Resepi Rendang Ayam ( Ringkas Dan Sedap)
Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam saiz kecil ( dipotong kecil )

Bahan kisar

  • 15-18 tangkai cili kering
  • 1 1/ 2 biji bawang besar saiz sederhana 
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan-bahan lain

  • 500ml santan pekat
  • 1 paket kecil kerisik
  • 2 batang serai ditumbuk pecah.
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk perasa
  • 1 helai daun kunyit (gulung dan hiris)

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan lumur dengan garam dan kunyit. Ketepikan.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar didalam kuali yang sederhana besar.
  • Kemudian tambahkan bahan-banan lain sekali gus.
  • Renehkan ia hingga kuah mulai mengelegak.
  • Masukkan ayam dan terus masak sehingga naik minyak.
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dihiris tadi.
  • Gaul rata dan tutup api.
  • Siap.

Untuk resepi ini, anda boleh juga menggunakan ayam tua atau ayam telur, tetapi ianya perlulah direbus hingga lembut terlebih dahulu. Ada sesetengah resepi rendang menambah lengkuas, namun Madam sememangnya jarang menggunakan lengkuas, jadi terpulang pada anda. Penggunaan cili api adalah kerana untuk rasanya yang lebih pedas, anda boleh menggunakan cili kisar sahaja jika tidak suka pada kepedasan.

Jadi jangan lupa mencuba resepi rendang ayam yang sangat mudah dan ringkas, tetapi rasanya amat sedap. Anda juga boleh mencubanya sebagai menu sampingan nasi lemak. Pasti ramai menyukai masakan anda. Selamat mencuba ya!

Resepi Lain Yang Menarik

Selain resepi ini , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *