Resepi Rendang Kerang (Dengan Pucuk Paku) 1

Resepi Rendang Kerang (Dengan Pucuk Paku)

Resepi kali ini merupakan resepi yang lain dari yang lain. Rendang adalah sejenis masakan yang dimasak gabungan bawang,cili, halia,asam, serai dan yang paling penting santan. Rendang boleh didapati dimana-mana sahaja dinegara kita ini. Walaupun rendang ini adalah masakan orang Melayu, namun dinegara kita ini, masakan ini mulai diminati kaum bangsa lain. Dimana mereka juga mempunyai versi rendang mereka sendiri.

Kali ini, Madam akan kongsikan resepi rendang yang menggunakan isi kerang. Rendang kerang ini juga adalah antara rendang yang popular, namun resepi kali ini ada tambahan pucuk paku. Pucuk paku ini dimasak hingga kering bersama isi kerang ini memberi satu rasa yang unik. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Rendang Kerang (Dengan Pucuk Paku)
Bahan utama

  • Kerang sekilo (celur dan kopek isinya)
  • Seikat pucuk paku (bersih dan siangkan)

Bahan A (potong kecil dan kisar)

  • Segenggam cili kering (gunting dan rebus)
  • Segenggam cili api
  • ½ labu bawang besar/ 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • ½ inci halia
  • 2 batang serai 

Bahan lain

  • 2 batang serai (tumbuk untuk pecahkan ia)
  • Santan pekat 500ml
  • Asam keping sekeping 

Kaedah

  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar kedalam kuali.
  • Masukkan serai yang telah ditumbuk pecah.
  • Masukkan santan, asam keping dan tambahkan air dalam anggaran secawan.
  • Biarkan ia mereneh hingga pekat dan tambahkan garam,serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Apabila kuah makin pekat, masukkan kerang bersama pucuk paku yang telah dibersihkan tadi.
  • Masak hingga semuanya sebati dan naik minyak.
  • Siap.
Resepi Rendang Kerang (Dengan Pucuk Paku) 2

Isi kerang ini perlulah ditambah ketika kuah rendang makin kering dan pekat, ini kerana kerang dan pucuk paku akan mengeluarkan airnya sendiri dan juga mengelakkan kerang dan pucuk paku ini terlebih masak.

Rendang kerang ini sedap dimakan bersama nasi putih dan ikan masin. Tetapi anda juga boleh mencubanya bersama pulut kuning atau nasi lemak. Apapun pilihan anda, resepi ini wajar dicuba untuk menikmati keenakkan dan kelainan yang dibawa didalam resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi rendang kerang pucuk paku ini , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *