Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Inti Krim Puf ( Sedap, Murah Dan Mudah)

Sebelum ini Madam ada kongsikan resepi ‘cream puff’,sejenis manisan mewah yang sangat lazat. Pembuatan ‘cream puff’ walaupun tampak sukar tapi anda wajar mencubanya. Apatah lagi jika anda peminat pastri dan kek.

‘Cream puff’ sebenarnya sejenis pastri yang dimasak dua kali. Pertama semasa tepung dimasak bersama butter dan air yang mengelegak. Kedua ketika ia dibakar dengan suhu yang tinggi. Oleh kerana puf ini tidak menggunakan yis atau serbuk penaik untuk menjadi kembang, maka ia bergantung pada stim yang terhasil semasa proses permbakaran.

Ini yang menyebabkan ‘cream puf’ ini menjadi besar 2 kali dari saiz adunannya. Ketika diluarnya rangup dan keras, didalam ‘cream puff’ anda dapati,kosong atau lopong. Bahagian inilah yang menjadi faktor kenikmatannya. Dimana ia akan diisi dengan krim yang lazat. Bagaimanapun ada juga yang menggunaka inti ikan tuna. Namun Madam tidak pernah cuba.

Untuk anda yang tidak pernah mencuba ‘cream puff’ ini, boleh lihat resepi disini ,mari lihat bahan-bahan untuk intinya pula.

Resepi Inti Krim Puf ( Sedap Dan Mudah)

Bahan A

  • Instant custard mix 100g
  • Susu segar 200g

Bahan  B

  • Fresh cream vivo 300g

Kaedah

  • Campurkan kedua-dua bahan A,tunggu sebentar sehingga ia sebati. Kacau rata.
  • Pukul fresh cream sehingga krim menjadi gebu dan kaku (‘stiff’)
  • Dengan menggunakan spatula, kaup balik kedua-dua bahan A dan B hingga menjadi sebati. Boleh tambah esen vanilla jika suka.

Siap. Boleh diguna untuk krim puf, esclair atau isian didalam kek.

Instant custard mix,boleh dibeli di beberapa kedai bekalan bakeri.
Fresh cream Vivo, jenama paling popular.
Krim puf yang telah siap diisi inti.

Krim ini boleh juga dimakan bersama buah-buahan, terutama strawberi segar. Sebab rasanya yang tidak terlalu manis,ia pasti akan memikat hati anda. Jadi jangan lupa mencuba ya.

Kami juga ada banyak koleksi resepi yang lain, jangan lupa singgah ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More
!