Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kepak Ayam Air Fryer Buat Masak Makan Malam

Resepi kepak ayam kali ini adalah resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan. Penggunaan air fryer semakin popular dikebanyakan rumah alaf kini. Oleh itu diharap perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam menghasilkan masakan yang mudah dan sedap untuk disediakan bagi hidangan keluarga anda dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ kilo kepak ayam / ayam potong kecil
  • 1tsp serbuk bawang merah
  • 1tsp serbuk bawang putih
  • 1 tsp serbuk cili
  • 1tsp serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • 3tbsp minyak masak

Bahan sos

  • 2tbsp sos cili
  • 2tbsp sos korea
  • 2tbsp sos bbq
  • 2tbsp sos lada hitam
  • 3tbsp minyak sawit merah
  • (campur semua dan 1 bekas)

Kaedah

  • Perap kepak ayam dengan semua serbuk dan minyak masak.
  • Kemudian gunakan air fryer setting 200c selama 20minit.
  • Selepas 10 minit keluarkan kepak ayam dan gaul dengan sos dan bakar semula.
  • Selepas semua ayam masak keluarkan dan gaul dengan sos sebelum dihidangkan.
  • Anda juga boleh bakar sekali lagi jika suka ianya garing.
  • Boleh juga tambah bijan jika suka.
  • Siap!

Sos-sos yang digunakan didalam resepi ini boleh diolah mengikut citarasa anda. Jika anda sukakan pedas tambah sedikit lagi sos Korea, jika suka manis tambah sikit lagi sos cili. Hidangkan bersama nasi atau roti atau jadikan food finger yang boleh dinikmati semasa menonton. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!