Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Gajus Madu Bakar Snek Sedap Buat Pakai Air Fryer

author name

Resepi kali ini merupakan resepi snek yang sihat dan sesuai untuk mengamal diet rendah karbo. Kacang gajus sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat dan ia amat terkenal dikalangan orang Arab dan Timur. Gajus mempunyai banyak khasiat salah satunya ialah mengawal gula dalam darah selain daripada ia baik untuk jantung kerana ia mempunyai lemak yang sihat. Kacang gajus banyak digunakan dalam masakan tetapi dalam perkongsian kali ini saya akan kongsikan cara mudah untuk membuat snek menggunakan kacang gajus.

Bahan-bahan

  • 200g kacang gajus ( 1 peket kecil)
  • 1 tbsp madu
  • ½ tsp garam
  • 1 tbsp bijan putih dan hitam (jika suka)

Kaedah

  • Gaul semua bahan dan bakar menggunakan air fryer lebih kurang 5-10 min atau hingga ia bertukar warna.
  • Sejukkan sebelum dinikmati.
  • Siap!

Kacang gajus ini sesuai buat mengisi perut yang kadang kala mengidam nak mengunyah terutama ketika melakukan diet. Penyediaan menggunakan air fryer sebenarnya amat memudahkan kerja dan lebih cepat tetapi anda boleh juga menggunakan oven ataupun masak diatas kuali. Amat penting untuk sejukkan dulu kacang gajus sebelum disimpan dalam bekas kedap udara kerana jika ia panas ia tidak rangup dan boleh melecurkan mulut. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.