Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Suhun Goreng Ala Thai Buat Sendiri Lagi Berbaloi

author name

Resepi berikut merupakan sejenis masakan yang menggunakan suhun sebagai bahan utamanya. Ia adalah sejenis masakan Thailand yang sangat terkenal didalam masakan panas dan goreng. Suhun goreng ini menggunakan dajun ketumbar, bawang putih dan sos ikan yang telah menjadi trademark dala masakan Thailand ini.

Cara menyediakan masakan ini juga sangat mudah, jika anda peminat masakan Thailand dan mencari-cari idea untuk menu makan utama anda sekeluarga, resepi berikut amat berbaloi untuk dicuba.

Bahan-bahan

  • 1 pek kecil suhun 
  • 5 ekor udang perap dalam 1 sudu kecil kicap atau sos ikan 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu besar kicap
  • 1 sudu sos ikan
  • 2–3 ulas bawang putih, cincang
  • 1 batang daun ketumbar
  • 2 biji telur
  • ¼ sudu kecil lada putih
  • Sedikit tauge segar
  • 1-2 daun bawang 
  • Rendam mi gelas dalam air suhu bilik selama 10 minit sehingga lembut dan toskan.
  •  Kemudian potong suhun dengan gunting 
  • Campurkan sos tiram,sos ikan dan kicap dalam mangkuk kecil.
  • Panaskan minyak di dalam kuali atau kuali tumis besar, ketika panas, masukkan bawang putih dan daun bawang dan masak sehingga bawang putih mulai berubah menjadi keemasan.
  • Masukkan udang dan masak sehingga bertukar warna.
  • Tambahkan telur dan kacau
  • Masukkan suhun bersama sos yang telah dicampur tadi
  • Kacau rata dan akhir sekali masukkan tauge.
  • Kacau sebentar dan tutup api apabila telah sebati dan suhun bertukar menjadi jernih.
  • Siap!

Dalam penyediaan masakan suhun seperti ini, sebaiknya gunting suhun menjadi pendek-pendek agar ia tidak melekat-lekat. Satu lagi tip ialah dengan cara membasuhnya suhun yang telah lembut dibawah air paip lalu untuk mendapat gorengan yang cantik. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *