Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Gesek (Resepi Mudah Masakan Kampung)

Resepi kali ini ialah resepi menu sampingan makanan tengahari. Ia adalah salah satu menu paling popular. Walaupun menu sampingan tetapi jika kena dengan regunya, maka bertambah-tambahlah nasi. Ada banyak dua jenis sambal gesek ini, satu digesek bersama cili api. Satu lagi yang digesek bersama lada hitam.

Sambal ini dikatakan berasal dari Negeri Sembilan. Ia juga mempunyai dua kaedah untuk membuatnya. Satu ditumbuk atau digesek mentah, satu lagi digoreng. Bagi sambal gesek yang mentah ia tidak tahan lama berbanding sambal gesek yang digoreng. Versi yang digoreng ini tahan hampir sebulan didalam peti ais, maka ia sesuai dibuat lebih agar dapat disimpan untuk dijadikan lauk sampingan pada bila-bila masa.

Baiklah, mari lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sambal gesek ini.

Resepi Sambal Gesek (Resepi Mudah Masakan Kampung)

Bahan-bahan 

  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam cili api (kurangkan jika tidak suka pedas)
  • 2-3 biji cili merah
  • Bawang merah ½ biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Belacan ½ inci
  • Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Limau kasturi 4 biji ( agau 1 biji sederhana limau nipis)

Kaedah

  • Basuh ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
  • Goreng cili api, cili merah ,bawang besar ,bawang putih dan belacan.
  • Alihkan dan tos dari minyak
  • Masukkan kesemua bahan yang telah di goreng ke dalam lesung tumbuk dan tumbuk. Atau jika anda suka jika lesung batu yang leper, bolehlah digesek.
  • Tambahkan ikan bilis,asam limau,garam,gula dan serbuk perasa.Gesek hingga semua bahan lumat.
  • Siap, bolehlah dihidang bersama ulam-ulaman.

Jika dilihat pada bahan-bahan sambal gesek ini, ia tidak banyak beza berbanding sambal belacan. Hanyalah nama gesek itu sebenarnya datang dari perbuatan mengesek cili-cili diatas lesung batu leper. Apapun sama ada menumbuk,mengisar atau mengesek ia sebenarnya memberi rasa yang berbeza. Walaupun ia menggunakan bahan yang sama. Anda boleh mencubanya sendiri dan lihatlah perbedaannya.

Resepi ini sangat ringkas bahan- bahannya, tapi yang paling Madan gemari ia ialah kerana ia tahan lama. Boleh diguna sebagai rencah nasi goreng juga. Jadi jangan lupa mencuba ya.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!