Resepi Bubur Pulut Hitam Warisan Turun Temurun

Resepi ini merupakan sejenis resepi bubur yang sangat popular di kalangan orang tempatan. Bubur pulut hitam diperbuat daripada pulut hitam yang direbus sehingga empuk kemudian dicampur dengan santan. Bahan lain yang digunakan ialah daun pandan dan juga gula merah. Penyediaan mungkin memakan masa namun ia amat sesuai dijadikan hidangan didalam majlis harijadi mahupun apa-apa keraian dan pasti menjadi tarikan ramai.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 cawan beras pulut hitam
  • Air secukupnya untuk merebus beras pulut hitam
  • ½  cawan gula merah
  • ½ cawan gula putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1tbsp sagu (pilihan)
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 1 cawan pati santan kelapa 

Kaedah

  • Beras pulut hitam dibasuh bersih dan direndam semalaman, kemudian dibasuh lagi dan ditoskan.
  • Masukkan beras pulut hitam di dalam periuk bersama air dan daun pandan. Rebus sehingga sehingga empuk dan kembang.   
  • Sekiranya air telah kering dan beras masih belum empuk, tambahkan air lagi.
  • Bila ia telah separuh empuk, masukkan sagu jika anda suka.
  • Biarkan sagu separuh jernih baru masukkan gula putih dan gula merah.
  • Tambah lagi air jika bubur terlalu pekat.
  • Apabila bubur makin pekat, masukkan santan pekat.
  • Masak lagi hingga bubur menjadi pekat.
  • Akhir sekali masukkan garam.
  • Tutup api dan hidangkan bubur pulut hitam dengan kuah santan.

Bahan kuah santan

  • ¼ cawan santan pekat
  • ½ cawan air
  • 1 tsp garam
  • 1tsp tepung jagung + 1tbsp air

Kaedah

  • Campur semua bahan dan buka api.
  • ‘Biarkan kuah mengelegak dan tambah air tepung jagung.
  • Tutup api.
  • Sejukkan sebelum digunakan.

Dalam penyediaan manisan seperti ini, anda boleh menggunakan gula merah ataupun gula melaka. Gula putih juga diperlukan bagi menaikkan rasanya,namun jika tidak suka manis anda boleh mengurangkan sukatan gula. Cubalah resepi ini sebagai hidangan minum petang seisi keluarga anda, semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Penulis