Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pulut Kuning (Masakan Tradisonal)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan yang biasanya disediakan ketika majlis istimewa seperti kenduri keraian. Pulut kuning ia telah sejenis masakan yang dimasak menggunakan beras pulut yang direndam bersama serbuk kunyit. Biasanya masakan ini disediakan di majlis perkahwinan atau kenduri syukur. Namun begitu sesuai dengan peredaran zaman ianya boleh disediakan di rumah anda bila-bila anda meinginkannya. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan pulut kuning ini.

Resepi Pulut Kuning

Bahan-bahan

  • 500g beras pulut (Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 6 jam
  • 1 sudu kecil kunyit
  • Santan dari 1 biji kelapa parut.
  • Garam secukup rasa

Kaedah 

  • Mula-mula toskan pulut yang telah direndam semalaman.
  • Panaskan periuk kukus 15 minit dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
  • Masak santan bersama gula dan garam bagi mendidih sedikit tetapi awas jangan sampai pecah santannya.
  • Masuk santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap.
  • Setelah sebati,kukuskan sekali lagi sebentar untuk elakkan pulut menjdi cepat basi .
  • Siap.

Pulut kuning ini sedap dimakan bersama rendang daging, ataupun dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau kari. Terpulanglah kepada citarasa anda yang menggemarinya. Diharap anda akan mencuba resepi ini, semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *