Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sagu Pulut Mangga (Manisan Lazat)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi manisan yang popular dari negara Thailand. Sagu pulut mangga ialah inovasi dari pulut mangga yang biasa kita temui. Namun berbeza ia disini ialah penambahan sagu didalam kuah santannya. Selain dari itu bahannya tidak banyak beza, dan jika ingin mencari kelainan, berkuah adalah bahan dan cara untuk menghasilkan sendiri sagu pulut mangga ini.

Resepi Sagu Pulut Mangga

Bahan-bahan 

  • 3 biji mangga – potong ikut suka
  • 2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak

Pulut Kukus

  • Bahan bahan:
  • 2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
  • 1/2 santan pekat + air secukupnya + 1/4 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan – carikkan

Kaedah 

  • Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 
  • Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut. 
  • Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.

Kuah Santan

Bahan bahan

  • 1/2 cawan santan kotak
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu kecil garam – mesti ada rasa masin
  • 1 helai daun pandan 
  • 1 sudu besar sagu putih (rendam dahulu)

Kaedah 

  • Satukan semua bahan kecuali dan masak hingga mendidih. 
  • Kacau selalu supaya tidak berketul. 
  • Kemudian masukkan biji sagu dan masak hingga sos nampak pekat. Teruskan kacau supaya santan dan sagu tidak berketul.
  • Siap.
  • *Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.

Penyediaan

  • Letak pulut ke dalam pinggan. 
  • Hiris mangga secara kiub atau apa yang disukai. Tuang sos santan sagu ke atas pulut.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Pastikan kuah santan sagu mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Sebaiknya guna mangga yang manis untuk rasa yang lebih optimum. Diharap anda akan sudi mencuba resepi ini dan rasailah perbezaan dan kelazatannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!