Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Kuih Sagu Dapat Tekstur Kenyal Sedap Dikunyah

author name

📄 ,

Kuih manis dan bertekstur kenyal ini dikenali dengan pelbagai nama mengikut Negara antaranya Pulut Tutong (Brunei), Sakoo Piak Poon (Thailand) dan Kue Sagu (Indonesia). Walaupun penyediaan kuih sagu ini mudah namun mempunyai rasa yang memikat dan sering menjadi pilihan untuk hidangan pencuci mulut.

Penyediaan asas kuih sagu ini adalah tepung sagu, santan, kelapa parut dan gula melaka. Kuih ini menjadi lebih terkenal apabila masuknya bulan puasa. Jom baca resepi kuih sagu manis ini.

Resepi Kuih Sagu Mudah

Resepi pertama kuih sagu ini kami bawakan yang paling mudah nak buat. Dengan saiz mini sesuai untuk dijadikan sebagai potluck. Jom baca resepi dari Zana Anuar.

Bahan-bahan

  • 1/2 cwn sagu
  • 5 sdb gula
  • 3/4 sagu
  • Kelapa parut putih

Cara Penyediaan

  1. 1/2 cwn sagu dibasuh bersih dan direndam selama 1 jam letakkan pewarna sirap ros.
  2. Toskan dan gaulkan sagu tadi dengan 5 sdb gula kalau suka manis lebihkan gula sikit.
  3. Sapukan acuan dengan sedikit minyak supaya tak melekat.
  4. Sudukan 3/4 sagu ke dalam acuan.
  5. Panaskan pengukus dan kukus selama 20 minit.
  6. Setelah masak angkat dan sejukkan.
  7. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang dicampurkan dengan secubit garam kukuskan kelapa selama 3 minit supaya kelapa tak cepat basi.

Resepi Kuih Sagu Mata Ikan

Kuih sagu ini juga ada yang memanggilnya kuih sagu mata ikan, mungkin kerana biji sagu yang telah dimasak seakan-akan saiz mata ikan. Resepi ini oleh Nurha Muhammad.

Bahan-bahan

  • 1 cawan sagu
  • 2 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 helai daun pandan
  • sirap ros @ pewarna merah
  • kelapa parut + garam ( dikukus)

Cara Penyediaan

  1. Panaskan air sampai mendidih. Kemudian masukkan sagu. Sagu bilas dengan air terlebih dahulu.
  2. Kacau supaya sagu tidak melekat. Masukkan daun pandan & pewarna merah/sirap.
  3. Bila sagu dah pekat masukkan gula. Kacau rata.
  4. Tuang sagu ke dalam loyang. Alas dengan plastik supaya senang nak keluarkan nanti.
  5. Didihkan air dalam pengukus. Kukus sagu hingga hilang biji-biji putih.
  6. Potong ketika suam. Gaulkan dengan kelapa parut. Siap.

Resepi Kuih Sagu Berlapis

Kalau sebelum ini dapat pernah dengar kuih lapis kan, resepi kali ini menggunakan sagu dan jadikan seperti kuih lapis. Hasilnya sangat cantik dan memuaskan walaupun sedikit renyah nak buat. Jom baca resepi ini dari Wifedyah Hbbylie.

Bahan-bahan

  • Setengah cawan mata sagu
  • 1cwan setengah air
  • 5 sd gula
  • Pewarna ikut suka
  • Pewarna merah pati sirap Ros
  • Kelapa putih parut dan garam

Cara Penyediaan

  1. Didihkan air dalam kuali dan letak pewarna dan gula.
  2. Sehingga sampai gelegak.
  3. Masukkan mata sagu yang telah dibasuh dalam tapis dan toskan.
  4. Masakkan mata sagu sampai pekat likat kalau macam ada yang banyak putih tambah air masak sikit-sikit.
  5. Bila kuih dah masak pekat likat dan dah meletup boleh padamkan api dan tuangkan kedalam bekas.
  6. Ulangi cara yang sama sehingga jadi 3 lapis.
  7. Sejukkan kuih dalam 4@5 jam baru boleh dipotong. Nanti boleh lah salut dalam klapa parut tadi.

Resepi Kuih Sagu (Sukatan Cup)

Resepi ini sangat mudah dan anda boleh dapat dengan saiz mini. Tak perlu lagi nak potong terus hidang. Resepi ini dikongsi oleh Sitihawa Ahmad.

Bahan-bahan

  • 1 cwn sagu
  • 2 1/2 cwn air
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1/2 sudu teh pewarna merah @ hijau
  • 1/2 biji kelapa parut (dikukus biar thn lama)
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit minyak untuk menyapu acuan

Cara Penyediaan

  1. Panaskan air & tuang perwarna.
  2. Apabila mendidih masukkan sagu & gula. Kacau dan masak sehingga hampir kembang dan likat.
  3. Tutup api & masukkan sagu ke dalam acuan kecil mengikut citarasa anda @ pun loyang yang dah di sapu minyak.
  4. Kukus dalam 15-20minit.
  5. Setelah itu kuih disejukkan sekejap sebelum di cungkil dari acuan.
  6. Taburkan kelapa parut yang telah dikukus dan yang telah dicampurkan garam.
  7. Siap dihidang & boleh dimakan.

Resepi Kuih Sagu Bronok

Kuih sagu juga dikenali sebagai kuih bronok pada sesetengah tempat, walaupun nama lain, pembuatan kuih sagu ini tak jauh beza pun. Jom baca resepi dari Mariana Zainal yang mempunyai dua versi untuk panduan anda.

Resepi Versi 1

Bahan-bahan

  • 1 cawan sagu (lalukan air paip dan toskan)
  • 2 3/4 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Daun pandan (simpul)
  • Sirap ros
  • 1/2 biji kelapa parut amik yg putih jer+sedikit garam (kukus seketika)
  • Loyang saiz 7 sapu minyak dan alas plastik (kalau guna acuan kecik sapu minyak)

Cara Penyediaan

  1. Didihkan air, pandan, pewarna dah mendidih masukkan sagu.
  2. Kacau sampai sedikit pekat masukkan gula kacau lagi hingga pekat dah pekat tutup api.
  3. Tuang dalam loyang kukus hingga tiada butiran sagu putih (nampak jernih) (lebih kurang 15-20minit) biarkan sejuk.
  4. Masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah nak makan potong dan gaul kelapa parut.

Resepi Versi 2

Bahan-bahan

  • 2 cawan sagu
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan air
  • Sirap ros
  • Daun pandan (disimpul)
  • Kelapa parut amik putih jer+garam (kukus)

Cara Penyediaan

  1. Rendam sagu 10mnt kemudian toskan. Masukkan air, gula, sirap daun pandan dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih masukkan sagu.
  3. Kacau hingga kembang dan butiran putih berkurang (kacau lama sikit).
  4. tuang dalam loyang saiz 8*inci yang dah sapu minyak dan lapik plastik dan biarkan sejuk.
  5. Simpan dalam peti sejuk bahagian bawah nak makan potong dan gaul kelapa parut.

Resepi Menarik Yang Lain

Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami dan jadikan sebagai rujukan anda. Pelbagai lagi resepi menarik yang ada untuk anda telah kami sediakan.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *