BENGKANG UBI KAYU

BENGKANG UBI KAYU
Resepi asal : mama saranur
Sumber : Kak Rohah – Damai Qalbu

BAHAN-BAHAN
5 cawan ubi yang siap diparut
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula (Ikut manis pun boleh)
Garam secukup rasa
pewarna kuning

Cara Membuatnya :

1.Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dalam 10 minit gitu (petua supaya tak pening dan angin).

2. Kemudian sejatkan dan buang air tersebut, tapi sagunya berwarna putih diambil digaul bersama ubi tadi.Campurkan bersama gula, garam, pewarna dan santan pekat.

3.Loyang disapu dengan mentega dan panaskan sebentar, baru masukkan adunan ubi yang telah sebati dan bakar dalam 1 jam setengah, suhu 200’c api atas dan bawah.

4 . Biarkan kuih betul-betul sejuk baru di potong dan hidangkan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *