Resepi Kuih Ros Aka Kuih Loyang Diwarisi Zaman Berzaman

Oleh:

Resepi kali ini merupakan resepi kuih tradisional yang telah lama digunakan oleh emak-emak kita pada zaman 60an lagi. Kuih ros adalah sejenis kuih yang rangup yang diperbuat dari tepung beras kemudian digoreng. Kerangupan kuih ros ini amat mengasyikkan dan ia digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat kita. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan uang diperlukan. 

Bahan A

  • 3 cawan tepung beras
  • 3 tbsp tepung gandum

Bahan B

  • ¾ cawan gula halus
  • 2 ½ cawan santan ( 1kotak 200ml + air)
  • 1 tbsp air kapur 
  • 1 tsp garam
  • 2 bij telur gred B

Kaedah

  • Mula-mula sediakan bahan A dalam 1 bekas yang sesuai.
  • Manakala masukkan bahan B dalam satu bekas lain dan kacau sebati.
  • Kemudian masukkan bahan B kepada bahan A sedikit demi sedikit dan kacau hingga semua bahan menjadi sebati.
  • Tapis adunan dan biarkan sekurang-kurangnya 20 minit.
  • Dengan menggunakan acuan kuih ros yang telah direndam didalam minyak panas, celup dan goreng kemudian tos sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Kuih ros mempunyai banyak versi, versi yang dikongsikan kali ini ialah jenis yang rapuh tetapi sangat rangup. Selain dari nama kuih ros, Ianya juga dikenali dengan nama kuih loyang atau kuih goyang. Apapun namanya rasanya amat sedap dan ianya amat mudah untuk disediakan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]