Resepi Kuih Cara Berlauk Kuih Tradisional Masih Laku Sampai Sekarang

Oleh:

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi kuih tradisional yang sesuai bagi peminat kuih savori. Cara lauk ialah kuih yang mempunyai inti daging diatasnya dan lazimnya ianya dihidang sebagai hidagan ringan minum petang. Kuih cara juga sesuai dijadikan hidangan kenduri atau majlis kecil seperti harijadi. Bagi   peminat kuih tradisional anda boleh cuba sendiri resepi ini sebagai hidangan untuk keluarga anda juga dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan inti:

  • 1/2 cawan daging kisar
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • 2tbsp air masak
  • 1 1/2 tbsp  serbuk kari daging

Bahan Kisar

  • 1 biji bawang besar (saiz kecil)
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 

Bahan-bahan kuih cara

  • 1 cawan tepung gandum
  • Sebiji telur
  • 2 titik pewarna kuning
  • 4 tbsp santan
  • 2 tbsp minyak jagung
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Tumis bahan yang telah dikisar hingga bau.
  • Masukkan serbuk kari dan tambah 2 sudu air dan tumis hingga naik minyak.
  • Kemudian masukkan daging dan biarkan ia masak.
  • Tambah garam dan ajinomoto secukup rasa.
  • Sejukkan dahulu.
  • Sediakan bahan untuk kuih cara pula.
  • Kisar semua bahan kuih cara dan tapis.
  • Rehatkan sebentar adunan dan kemudian baru digunakan.
  • Oles acuan kuih cara dengan minyak masak dan panaskan sebelum digunakan.
  • Tuang adunan hingga sedikit penuh, biarkan sedikit ruang untuk letak inti daging.
  • Hias dengan hirisan cili merah dan daun sup jika suka.
  • Bakar diatas dapur dan tutup acuan dengan penutup yang sesuai.
  • Bila dan masak, alih kuih cara dengan menggunakan lidi.
  • Ulang hingga habis semua adunan.
  • Sejukkan sebelum dinikmati.
  • Siap!

Tidak dapat dikenal pasti asal usul kuih cara ini, namun dengan rasanya yang lembut dan berinti diatas pasti akan memberi kepuasan kepada pengemarnya. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini