Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sardin Gulung (Sesuai Untuk Bekal!)

author name

📄

Sardin Gulung, snek paling mudah untuk dibawa kemana – mana. Ianya tahan lebih lama berbanding dengan snek lain, memberikan kekenyangan serta lazat. Ianya juga amat mudah untuk disediakan tau!

Sardin Gulung yang kami bawakan kali ini lebih mudah untuk disediakan. Rotinya juga disediakan oleh kita sendiri, oleh itu rasanya akan lebih lazat dan kebersihan pun terjaga.

Resepi ini dikongsikan oleh Zuhaidar Mohd Sofi dan mendapat banyak likes di Facebook.

Resepi Sardin Gulung

sardin-gulung
image via Facebook

Bahan – bahan:

Untuk roti:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu mkn tepung jagung
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam

(dicampur semua)

  • 1/4 cawan minyak
  • 2 sudu makan marjerin

(panaskan sehingga panas sedikit)

  • air (tambah sehingga terbentuk doh)

Untuk inti:

  • 1 tin sardin
  • 1/2 labu bawang besar-dadu
  • 2 biji bawang putih-cincang
  • 2 sudu makan cili giling
  • Gula
  • Garam
  • Perahan limau nipis

Cara – cara menyediakan:

Roti:

  1. Tuang minyak panas ke dalam tepung, gaul sampai jadi serbuk.
  2. Tambah air sedikit demi sedikit, uli sehingga terbentuk doh.
  3. Uli dalam 5 minit. Bulatkan doh.
  4. Permukaan doh mungkin tidak licin. (Rehatkan doh 15 minit sebelum guna – wajib)
  5. Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian apabila nak guna ianya akan menjadi lembut, masa ini uli dalam seminit dua supaya permukaan doh menjadi licin.
  6. Buat doh kecil, bulat saiz yang diingini.
  7. Buat bentuk bulat bujur seperti buah pear
  8. Canaikan.
  9. Untuk bahagian yang tirus, nipiskan sedikit. Insyallah apabila gulung nanti tidak perlu letak air ianya akan melekat.

Inti:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu (tips: minyak kena sikit sahaja. Nanti berminyak susah nak kendali)
  2. Tambah cili giling, tumis sampai cili giling separa garing. Masukkan sardin. Pecah – pecahkan. Tambah garam gula dan perahan limau, masak sampai kering.
  3. Untuk bekukan, saya bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, suhu 180C selama 10 minit. Nak goreng sekejap pun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *