Resepi Kuih Cara Manis (Kuih Tradisional)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih tradisional. Kuih cara adalah kuih yang diperbuat dari tepung gandum, santan dan telur. Ianya dibakar didalam acuan khas. Kuih ini amat popular dinegara kita dan terkenal dikalangan orang Melayu .

Kuih cara mempunyai dua jenis iaitu yang savori iaitu cara berlauk dimana ia mempunyai intinyang dibuat dari isi daging atau ayam dan juga hirisan cili dan daun sup. Manakala yang manis ialah cara manis yang mempunyai hanya taburan gula didalamnya. Kedua jenis ini amat popular dan mudah ditemui. Kali ini Madam akan kongsikan resepi cara mani, berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Kuih Cara Manis (Kuih Tradisional)
Bahan-bahan

  • Daun Pandan (lagi banyak lagi sedap rasa)
  • 2 cawan air
  • 1 kotak santan 200ml
  • 2 biji telur
  • 3 cawan gandum
  • Sedikit garam
  • Gula

Kaedah

  •  Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air. Kemudian tapis kan.
  • Masukkan telur 2 biji,1 kotak santan ,3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. Kisar sekali lagi dan tapiskan.
  • Panaskan acuan dan sapu minyak agar ia tidak bertakung dalam acuan.
  • Kemudian tuang adunan pada paras penuh sahaja.
  • Tuang 1 sudu teh gula dan kemudian tutup acuan tersebut.
  • Bakar anggaran 3-5 minit dan tidak perlu balikkan ia.
  • Apabila telah masak keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati apabila ia telah sejuk.
Resepi Kuih Cara Manis (Kuih Tradisional) 2

Cara manis mempunyai rasa yang lemak-lemak manis. Taburan gula yang dtambah semasa ia dibakar akan berubah menjadi cairan manus yang sangat sedap apabila digigit. Oleh itu bagi anda yang suka mencuba resepi kuih apakata anda cuba resepi ini. Ianya mudah dan juga amat sedap. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kuih Getas Sira

Resepi Abok Abok

Resepi Lopes


Leave a Comment