Resepi Pulut Udang Kuih Zaman Dulu Yang Masih Femes

Resepi berikut ini merupakan satu lagi kuih Melayu yang telah lama popular. Pulut udang dibuat mengunakan pulut dan diisi dengan inti kelapa yang digaul bersama sambal. Kemudian ia diigaul didalam daun pisang dan dipanggang atau dibakar. 

Hidangan ini amat sedap dan paling digemari terutama oleh golongan dewasa, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Pulut Udang

Bahan A :

  • 2 cawan beras pulut (direndam 4 jam)
  • -kukus pulut hingga masak.

Bahan B

  • 1 cawan santan*
  • Secubit garam*
  • 1 sudu besar mentega*
  • -masak bahan bertanda * di atas dalam api perlahan hingga sedikit didih.
  • Gaulkan sebati bahan A (pulut kukus) bersama bahan B (santan) sewaktu masih panas. Ketepikan.

Inti :

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 7 tangkai lada kering (rebus dulu)
  • 2 sb udang kering
  • 1 sb jintan manis
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Semangkuk udang kertas/udang basah
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  • Kisar halus lada kering, jintan manis, serai, kunyit hidup dan udang kering. Ketepikan. 
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik baunya.
  •  Masukkan garam, gula dan udang basah. 
  • Kacau sekejap dan masukkan kelapa parut. 
  • Kacau hingga kering dalam api perlahan. 

Cara penyediaan 

  • Sediakan daun pisang layur secukupnya.
  • Letakkan 1 sb pulut di atas daun pisang. 
  • Letakkan inti di atasnya. 
  • Gulung dan balut dengan kemas. Sematkan lidi pada kiri dan kanan. 
  • Buat hingga habis.
  • Panggang hingga masak diatas bara atau atas non stick pan dengan sedikit minyak.
Resepi Pulut Udang Kuih Zaman Dulu Yang Masih Femes 2
Resepi Pulut Udang Kuih Zaman Dulu Yang Masih Femes 3

Zaman dahulu pulut udang ini dibakar atau dipanggang sebab itu nama lainnya ialah pulut panggang. Zaman telah berubah namun begitu pulut udang ini sentiasa mendapat permintaan. Diharap anda akan cuba sendiri resepi ini, semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.