Pulut Dakap

Pulut Dakap.

Bahan-bahan.

1. 1 sikat Pisang Raja. (Sebaiknya pisang raja, pisang lain tak syok sangat)
2. 1 kg Beras Pulut. (Rendam 2 jam)
3. 1/2 kg Santan pekat.
4. 3/4 cawan Gula. (Ikut citarasa)
5. 1 sudu kecil Garam.
6. Tali rafia.
7. Daun pisang.(Layurkan)
8.Daun pandan

Cara-cara.
1. Kukus pulut + daun pandan hingga masak.
2. Gaulkan santan, garam, gula dengan pulut yang sudah masak hingga serata.
3. Tekan pulut atas daun pisang hingga nipis. Boleh gunakan daun pisang lain untuk tekan.
4. Belah pisang, letakkan sebelah di atas pisang dan balut sehingga pulut menutupi pisang tu.
5. Ambik sepasang, dan ikat dengan tali.
6. Kukus selama 20 ke 30 minit.
7. Taraaa. Siap. Selamat menjamu selera.

(Selain pisang raja boleh guna pisang awak. Pisang lain tak digalakkannn. Hehe)

kredit resepi kepada ‎Siti Mariam‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *