Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Lapis Gardenia Unik Tapi Sedap

author name

📄

Kuih lapis adalah kuih tradisional yang tak lapuk dek zaman. Walaupun jarang dah kita nampak orang yang menjual kuih ini, tapi masih ada lagi permintaan kuih ini. Nak beli susah nak dapat, nak buat pulak tak tahu. Tak semua orang tahu nak buat kuih lapis yang sedap dan cantik rupanya. Memang perlu ada penuh ketelitian. Nak lagi pula perlu buat berlapis-lapis memang penuh kesabaran.


Tapi anda jangan risau, resepi kuih lapis yang kami nak kongsikan ini, memang mudah nak buat. Rasa pun sama seperti kuih lapis asli. Kuih lapis gardenia ini tak guna banyak bahan pun hanyak gaul sebati dan blend! Mudahkan? Resepi ditulis oleh Faten Faezah

Bahan-bahan

  • 5 keping roti
  • 200Ml santan kotak
  • 1 cawan tepung beras
  • ½ cawan air
  • ½ cawan gula
  • Pewarna

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan sampai halus dan sebati.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian.
  3. Sapu minyak pada acuan.
  4. Kukus lapisan pertama 3 mnt. Lapisan last 15 mnt.
  5. Kita pkai acuan lompang. Dapat dalam 20 biji.
  6. Kalau pakai loyang, kukus pertama 10 mnt dan Last 20 mnt.

Resepi ini sesuai untuk tidak mahir membuat kuih tapi ingin mencuba, anda boleh cuba resepi kuih lapis ini. Selepas ini ada lebihan roti gardenia kalau tiada idea nak buat apa, boleh lah cuba resepi kuih lapis gardenia ini. Mudah dan sedap, sesuai untuk dihidangkan minum petang.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi pemanis mulut yang ada kami kongsikan untuk anda. Terima kasih juga sudi singgah ke laman kami untuk mencari resepi ini.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *