Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pulut Kuning dan Rendang Daging (Sedap Mengancam)

Siapa makan pulut kuning? Selalunya orang dulu-dulu suka masak pulut kuning. Dihidang untuk acara pertunangan, hari raya dan acara tradisional lain.

Pulut kuning pula pasangannya ialah rendang daging. Tidaklah lengkap jika makan pulut kuning tanpa rendang daging. Di bawah ini kami berkongsi resepi pulut kuning rendang daging yang simple tapi sedap.

Resepi pulut kuning rendang daging lengkap dikongsikan oleh Nur ZoyAliana Sham Husin di laman Facebook. Bahan-bahan dan cara meyediakannya amat senang dan simple tapi rasanya amat sedap.

Resepi yang kami tuliskan ini amat mudah untuk anda cubakan. Sila hidang pulut kuning rendang daging untuk acara istimewa anda. Bahkan ada yang buat pulut kuning sebagai kek hari jadi.

Resepi Pulut Kuning Rendang Daging

pulut kuning rendang daging
Imej via Facebook

Bahan Resepi Rendang :

  • Daging satu kilo,
  • Santan segera sekotak yang kecil,
  • 3 biji bawang besar **,
  • 5 ulas bawang kecil **,
  • 5 ulas bawang putih **,
  • 1 inci lengkuas **,
  • 2 inci halia **,
  • 3 inci kunyit hidup **,
  • 1 genggam cili padi **,
  • Setengah cawan minyak masak **,
  • 3 batang serai,
  • 5 sudu besar cili kering kisar,
  • 1 buku kecil gula Melaka,
  • Sehelai daun kunyit,
  • 2 keping asam keping,
  • Kerisik,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Blend semua yang bertanda **.
  2. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan cili kering kisar.
  4. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan daging dan serai.
  6. Kacau sebati dan masak sehingga daging hampir empuk.
  7. Masukkan gula melaka.
  8. Masukkan daun kunyit.
  9. Masukkan santan.
  10. Masak lagi sehingga daging empuk.
  11. Masukkan kerisik dan asam keping.
  12. Masak lagi dan perasakan dengan garam.

Bahan Untuk Pulut Kuning :

  • Pulut 1 kg,
  • Serbuk kunyit,
  • Santan segera sekotak yang kecil,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Rendam pulut dengan serbuk kunyit dalam 3-4 jam.
  2. Kemudian basuh bersih dan tos.
  3. Kukus dalam 45 minit.
  4. Kemudian, keluarkan pulut dari kukusan dan gaul rata dengan santan dan perasakan dengan garam.
  5. Teruskan kukus semula lebih kurang setengah jam sehingga pulut benar-benar masak.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pulut kuning rendang daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!