Resepi Pulut Panggang ( Sedap Dan Mudah)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih yang popular dijadikan hidangan minum petang atau sarapan pagi. Pulut panggang diperbuat dari pulut yang telah dimasak terlebih awal. Didalamnya terdapat inti yang diperbuat dari kelapa parut dan udang kering. Kemudian ia dibalut didalam daun pisang dan ia dipanggang diatas bara hingga mengeluarkan satu aroma yang sangat menyelerakan.

Kuih ini merupakan kuih tradisional orang Melayu, ia boleh didapati di gerai-gerai yang menjual kuih muih. Namun begitu ada satu lagi kuih seperti ini yang kerap dijumpai disebelah pantai timur iaitu kuih pulut lepa, ia menggunakan inti isi ikan. Apa-apapun mari lihat bahan-bahan untuk membuat pulut panggang ini.

 Bahan-bahan pulut

  • 2 cawan pulut -rendam semalaman
  • 1 cawan santan pekat + sikit garam
  • 15 keping daun pisang -layur

Kaedah

  • Kukus pulut yang telah direndam semalaman.
  • Bila dah masak,semasa masih panas gaulkan dengan santan yang sudah dicampur sedikit garam..
  • Layur daun pisang & lap

Bahan serunding kelapa

  • 1 biji kelapa parut putih(+- 4 cawan)
  • 2 sudu minyak
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula melaka parut
  • 2 sudu besar air asam jawa cair

Bahan kisar

  • 10 cili kering-rendam air panas
  • 1 biji bawang besar
  • 5 hiris kunyit
  • 5 hiris lengkuas
  • 1 sudu jintan manis(kasar)
  • 2 btg serai-hiris
  • 1/2 cawan ikan bilis-bersihkan

Kaedah

  • Panaskan minyak & tumis bahan blend.
  • Masak hingga garing & naik minyak
  • Masukkan juga garam gula & air asam jawa
  • Masukkan kelapa parut putih
  • Sentiasa kacau hingga agak kering & berderai.
  • Tambah santan jika perlu atau gaul sahaja sehingga kelapa masak.

Penyediaan pulut panggang

  • Tambah 1 sudu besar pulut dan longgokkan atas sekeping daun pisang. (layur daun pisang jika perlu)
    Tekan-tekan hingga leper.Guna sarung tangan plastik atau plastik biasa agar lebih mudah
  • Tambahkan inti ditengah-tengah pulut secara memanjang
  • Lipat kiri kanan daun pisang dan semat dengan lidi atau stapler dibahagian hujungnya.
  • Gunting lebihan daun dan panggang hingga nampak garing.
  • Siap!
Resepi Pulut Panggang ( Sedap Dan Mudah) 2
Resepi Pulut Panggang ( Sedap Dan Mudah) 3

Bagi mendapatkan inti pulut panggang yang sedap anda boleh menganggarkan sukatan cili dan gulanya. Pulut panggang yang paling digemari ialah versi pedas manis. Manakala untuk udang kering anda boleh pilih untuk kisar bersama bahan-bahan lain atau menumbuknya kasar baru masukkan didalam inti. Terpulang pada selera dan citarasa anda.

Oleh itu jangan lupa mencuba resepi pulut panggang yang sedap dan mudah ini. Tetamu anda pasti kagum akan kemampuan anda membuat pulut panggang ini.

Resepi – resepi lain yang menarik

Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

Ni.. (MAHN)