Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Chicken Chop Rangup Guna Breadcrumb Sedap Dari Restoran

Resipi kali ini merupakan satu lagi hidangan atau menu yang sering terdapat di restoran yang menghidangkan makanan barat di negara kita ini. Chicken chop dibuat daripada isi ayam yang di tumbuk dan kemudian di gaul bersama beberapa bahan sebelum ianya digoreng tenggelam dengan minyak banyak.. Walaupun begitu jika anda ingin kerangupan anda haruslah mencuba resipi yang dikongsikan kali ini.

Bahan yang digunakan di dalam resipi ini sebenarnya sangat ringkas namun begitu jika salah penggunaan ia boleh memberi rasa yang kurang menarik. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan untuk perapan.

  • 4 ketul ayam bahagian whole leg
  • 4 ulas bawang putih cincang
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa/ secukup rasa maggi.

Bahan salut

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (tambah sesudu air)
  • 2 -3 cawan serbuk roti warna oren.
  • Minyak secukupnya untuk goreng tenggelam.

Kaedah

  • Ketuk isi ayam dan kemudian peran dengan bahan perapan selama 30-60minit.
  • Kemudian salut dengan tepung gandum.
  • Celup pula dengan telur.
  • Akhir sekali salut dengan serbuk roti.
  • Terus goreng dengan minyak yang cukup banyak.Ā 
  • Pastikan api tidak terlalu besar.
  • Alihkan ayam bila ia telah garing.
  • Tos sebelum dihidang dengan soso lada hitam dan coleslaw.
  • Siap!

Walaupun terdapat versi chicken chop yang digrillĀ  dan bagi sesetengah orang rasanya lebih sedap namun begitu resipi ini harus anda cuba sendiri. Ini kerana penggunaan bahan-bahan di dalamnya memberi rasa yang sangat menarik dan rasanya lebih sedap daripada yang dijual di restoran. Hidangkan bersama coleslaw dan juga sos lada hitam untuk rasa yang lebih menarik. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!