Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Hati Ayam Masak Hitam (Luarbiasa Sedap)

Hati ayam, pedal dan jantungnya sering kali antara organ ayam yang dibuang. Kebanyakkan orang enggan mengoreng hati ayam kerana ia akan meletup letup dalam kuali terutama apabila ia mula garing. Hati ayam sangat tinggi protein dan merupakan sumber vitamin A yang sangat banyak seperti vitamin B-12, riboflavin, folat dan besi.

Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah darah seperti ibu mengandung atau yang berpenyakit anemia. Kali ini Madam akan kongsikan resepi hati ayam masak hitam yang sangat sedap dan ringkas ini. Berikut adalah bahan-bahannya dan cara untuk membuat hati ayam masak hitam ini.

Resepi Hati Ayam Masak Hitam (Luarbiasa Sedap)
Bahan utama 

  • 1/2 kg hati ayam

Bahan kisar

  • 4 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 mangkuk kecil cili kering (dikisar)
  • Halia ½ inci
  • 1 sudu teh jintan manis

Bahan perasa

  • Asam keping
  • 5 helai daun limau purut
  • Sedikit kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Ajinomoto (jika suka)

Kaedah

  • Tambahkan garam dan kunyit pada hati ayam dan goreng separuh masak, asingkan.
  • Tumis semua bahan-bahan yang telah dikisar sehingga ia naik minyak.
  • Masukkan asam keping.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit kicap dan mengikut warna hitam yang amda inginkan,
  • Masukkan pula hati yg telah digoreng.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali tambahkan daun limau purut sebagai tarikan aromanya.
  • Siap.

Dengan cara masakan seperti ini, mereka yang tidak suka makan hati ayam juga akan suka pada rasanya. Ini terbukti apabila anak-anak Madam sendiri yang tidak suka hati ayam, berjaya menghabiskan masakan ini. Bagaimanapun walaupun hati ayam mempunyai kandungan lemak yang rendah, anda tidak digalakkan makannya selalu kerana ia juga tinggi kolesterol. Lagi pun bukankah sederhana itu lebih baik? Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!