Resepi Chicken Boxing Sedap Simple Dan Sesuai Untuk Anak-anak
Resepi kali ini merupakan hidangan berasaskan ayam yang agak menarik kerana penyediaannya yang berbeza berbanding resepi ayam lain. Hidangan ini menggunakan bahagian drummet kepak ayam iaitu bahagian isi diatas kepak ayam. Drummet akan diasingkan dari bahagian kepak ayam kemudian dikikis bahagian isinya menjadi seperti penumbuk boxIng.Kemudian ia disalut dengan telur dan juga serdak roti. Sesuai dijadikan hidangan pembuka selera atau finger food berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 6 keping bahagian atas kepak ayam (kikis isinya hingga bahagian bawah)
- Perasakan dengan garam, ketepikan.
Bahan salut
- 1 biji telur (pukul sedikit)
- Bread crumb
Kaedah
- Celup ayam kedalam telur dan kemudian gaul dengan bread crumb.
- Goreng dengan minyak sederhana panas agar ayam masak dibahagian dalamnya.
- Tos sebelum digaul dengan sos..
Bahan sos
- 1tbsp cili sos
- 1 tbsp sos bbq
- 1tbsp sos korea
- 1tbsp minyak merah (kelapa sawit)
Kaedah
- Gaul ayam yang telah digoreng sebelum dihidangkan.
Chicken boxing perlu digoreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas agar ia tidak berminyak namun jagalah suhu api agar ia tidak rentung diluar dan mentah didalam. Ia juga dimakan bersama nasi, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.