Selalunya, hidangan orang dewasa pasti pedas dan tidak sesuai untuk dihidangkan kepada kanak – kanak. Bagi yang sudah berkeluarga, hidangan mesra kanak – kanak pasti menjadi pilihan mereka kerana rasanya lazat serta anak – anak pun suka!
Kali ini kami bawakan resepi chicken buttermilk khas buat anda sekalian. Resepi ini mudah untuk disediakan. Ianya juga popular dan sering dijual di restoran. Namun kini, anda boleh menyediakannya sendiri!
Resepi ini dikongsikan oleh MrsMoon MJ dan mendapat banyak shares di Facebook beliau. Let’s check it out!
Resepi Chicken Buttermilk
Bahan – bahan:
- Isi ayam (potong kecil)
- Tepung serbaguna
- Telur
Bahn-bahan buttermilk:
- Separuh blok butter
- 8 ulas bawang putih – cincang
- 6-7 tangkai cili padi – hiris halus
- 1 -2 tangkai daun kari
- 200 ml susu cair
- 1/2 sudu besar tepung jagung (boleh ganti dengan egg salted powder/telur masin) dibancuh dgn sedikit air
- Secubit garam
- Secubit gula
Cara – cara memasak:
- Salut ayam dengan telur dan tepung serbaguna. Gaul rata. Goreng hingga masak. Tos dan ketepikan.
- Panaskan kuali. Cairkan butter.
- Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari sampai naik bau.
- Selepas itu, masukkan susu cair.
- Masukkan tepung jagung. Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng, dan perasakan dengan garam dan gula.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!
Leave a Reply